Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) berkuat kuasa 8 Jan lepas.
Sabbaruddin menggantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar pada 27 Julai tahun lepas.
Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya Datuk Abd Rahman Md Khalid dalam satu kenyataan berkata pihaknya yakin ketokohan dan pengalaman Sabbaruddin akan membawa AmanahRaya ke tahap yang lebih tinggi lagi.
Sabbaruddin merupakan tamat pengajian di Universiti Malaya pada 1963 dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Institut Pengajian Sosial, Holland pada 1974.
Beliau memulakan kariernya sebagai penjawat awam pada 1966 dengan berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan sebelum dilantik Penolong Setiausaha, Kementerian Luar pada 1967.
Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Malaysia di Saigon yang kemudiannya dilantik sebagai pegawai 'Charge D’affaires' kedutaan yang sama dari 1969 sehingga 1971.
Dari 1972 hingga 1979, Sabbaruddin berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pengarah Sosioekonomi, Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Pengarah, Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan Antarabangsa.
Karier politik Sabbaruddin bermula semasa beliau berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 1980 dan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kewangan dari 1982 sehingga 1987.
Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari 1987 hingga 1999 dan berjaya meletakkan Malaysia di peta dunia sebagai destinasi pelancong asing.
Bekas Anggota Parlimen Temerloh selama empat penggal dari 1982 hingga 1999 itu pernah dilantik sebagai pengerusi dan anggota lembaga pengarah dalam beberapa syarikat konglomerat seperti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Priceworth International Berhad, Eden Inc. Berhad (dikenali juga sebagai Eden Enterprises M Bhd), Pernas Trading Sdn Bhd, Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd, Nudex Ventures Sdn. Bhd and IPTB Sdn Bhd.
Bernama
Fri Feb 12 2016
![Sabaruddin Chik dilantik pengerusi AmanahRaya Sabaruddin Chik dilantik pengerusi AmanahRaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51455281827_SabaruddinChik.jpg)
Sabbaruddin (gambar) menggantikan Reezal Merican yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar tahun lepas. - fotoBERNAMA/Fail
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
![Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
![Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668707069_TBjpg.jpg)
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
![Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721182026_tbMOT.jpg)
Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT
Apabila siap sepenuhnya, terminal baharu LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setahun.
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan lagi tahun ini
Semua Ahli Parlimen sekali lagi diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan bagi tahun ini dan jika gagal berbuat demikian nama akan dipaparkan dalam laman web Parlimen, kata Speaker Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721176547_Mbappe.jpg)
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Julai 2024
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.91 mata kepada 1,631.73 dan bergerak antara paras 1,624.39 dan 1,633.97 sepanjang hari dagangan. Jumlah dagangan menyusut kepada 4.66 bilion unit bernilai RM3.52 bilion daripada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion pada Isnin.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
![Sabaruddin Chik dilantik pengerusi AmanahRaya Sabaruddin Chik dilantik pengerusi AmanahRaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51455281827_SabaruddinChik.jpg)
Sabaruddin Chik dilantik pengerusi AmanahRaya
Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad berkuat kuasa 8 Jan lalu.