KUALA LUMPUR : Russell Bedford Malaysia, sebuah firma perakaunan antarabangsa komited untuk terus menyediakan perkhidmatan berkualiti meskipun dalam pasaran yang dinamik dan mencabar.
Ini terbukti apabila firma yang bertapak di negara selama 20 tahun itu terus menjadi pilihan perniagaan asing terutama dalam komuniti perniagaan Jepun di Malaysia.
Di bawah kepimpinan Pengerusi Eksekutif yang baharu dilantik, Cecil Chin Kim Chung berharap agar firma itu dapat mempertingkatkan keupayaan, mempelbagaikan bidang perkhidmatan dan penawaran penyelesaian inovatif dalam memenuhi keperluan pelanggan.
Ini termasuk dalam membangunkan modal insan tempatan.
"Firma ini mahu terus berdedikasi dalam memupuk dan mempromosikan bakat-bakat sedia ada dalam firma.
"Dibawah kepimpinan Cecil Chin Kim Chung, firma ini telah mencapai kejayaan yang luar biasa.
"Ini terbukti dengan pelantikan tiga rakan kongsi yang dilatih di peringkat dalaman sejak firma ini ditubuhkan.
"Tiga Pengarah Bersekutu yang dilatih ini menunjukkan dedikasi firma dalam mencungkil dan mempromosi bakat dalam kalangan kakitangan.
"Ini terus menjadikan Russell Bedford sebagai satu pasukan yang kukuh dengan pelbagai bidang kepakaran," katanya dalam kenyataan.
Firma itu dalam masa sama menyatakan komitmen untuk memberi tumpuan dalam pasaran utama seperti perniagaan perusahaan milik asing, perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat tersenarai awam dalam menyerlahkan perkhidmatan berkualitinya.
Sebagai rekod, Russell Bedford menawarkan perkhidmatan audit, percukaian dan perundingan perniagaan di pelbagai negara.
Sehingga kini, Russell Bedford tersedia di lebih 100 buah negara dengan sekitar 1,000 rakan kongsi, 370 rangkaian syarikat di seluruh dunia.
Nickyson Nyambar
Mon Sep 11 2023
![Russell Bedford mahu kekal dinamik, tawar penyelesaian inovatif dalam pasaran mencabar Russell Bedford mahu kekal dinamik, tawar penyelesaian inovatif dalam pasaran mencabar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694438659_RussellBedford.jpg)
Russell Bedford yang mengumumkan pelantikan Pengerusi Eksekutif baharunya, Cecil Chin Kim Chung mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang seperti audit luar, likuidasi untuk terus memacu kejayaan firma itu di Malaysia. - Gambar Russell Bedford
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Russell Bedford mahu kekal dinamik, tawar penyelesaian inovatif dalam pasaran mencabar Russell Bedford mahu kekal dinamik, tawar penyelesaian inovatif dalam pasaran mencabar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694438659_RussellBedford.jpg)
Russell Bedford mahu kekal dinamik, tawar penyelesaian inovatif dalam pasaran mencabar
20 tahun bertapak di Malaysia, rangkaian firma perakaunan antarabangsa ini mahu terus cungkil dan promosi bakat tempatan.