KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan wilayah Sabah dan Sarawak melalui pelbagai projek dan inisiatif baharu pada tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Usul Kajian Separuh Penggal RMK12 di Dewan Rakyat hari ini berkata, bagi menjamin pembangunan Sabah, kerajaan akan menyerahkan kuasa kawal selia elektrik kepada kerajaan negeri.
Beliau berkata melalui penyerahan kuasa itu yang dijangka dapat dimuktamadkan menjelang Januari tahun hadapan itu, Kerajaan Negeri Sabah memiliki wewenang untuk mengawal selia bekalan gas dan elektrik berdasarkan kepentingan negeri.
Selain itu, beliau berkata projek pembangunan sistem tenaga boleh baharu dan menaik taraf sistem bekalan elektrik di Gugusan Felda Sahabat juga akan dilaksanakan bagi menambah baik daya harap bekalan elektrik di negeri di Bawah Bayu itu.
"Projek dengan kos sebanyak RM195 juta ini akan memanfaatkan rakyat di kawasan tersebut dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)," katanya.
Dalam usaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan di kedua-dua wilayah tersebut pula, Perdana Menteri berkata lebih banyak projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah akan dilaksanakan.
"Sehingga kini, sebanyak 64 projek sedang dalam pelaksanaan di Sarawak dan 43 projek lagi di Sabah," katanya.
Anwar turut berkata sebuah pusat darah wilayah akan dibina di Sabah, manakala Makmal Kesihatan Awam dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan akan dibina di Kuching, Sarawak bagi meningkatkan kemudahan kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih saksama.
Sabah dan Sarawak juga akan mendapat manfaat pembangunan infrastruktur pengangkutan dan logistik yang mampan dan berdaya tahan dengan pembinaan Sarawak-Sabah Link Road II dan Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B.
Menurut Anwar, kerajaan juga melaksanakan Program Khas Bumiputera Sarawak dan Program Khas Anak Negeri Sabah untuk meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.
"Dalam kerangka Ekonomi MADANI, pendekatan kita sesungguhnya merentas kaum, sama ada menoktahkan kemiskinan atau membaiki sekolah daif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
![RMK12: Pembangunan Sabah, Sarawak terus diberi tumpuan - Anwar RMK12: Pembangunan Sabah, Sarawak terus diberi tumpuan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694408069_KSPRMKPMAnwar.jpg)
Anwar berkata, bagi menjamin pembangunan Sabah, kerajaan akan menyerahkan kuasa kawal selia elektrik kepada kerajaan negeri. - Gambar/ Japen
![Kim Pan-gon letak jawatan? Kim Pan-gon letak jawatan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714745205_TBNANTALINGGI.jpg)
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
![Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714648063_TBINISIATIFRAKYAT.jpg)
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
![Lebih 2 juta pekerja asing dalam negara, hampiri sasaran RMK12 - Steven Sim Lebih 2 juta pekerja asing dalam negara, hampiri sasaran RMK12 - Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711432989_TBStevensimjpg.jpg)
Lebih 2 juta pekerja asing dalam negara, hampiri sasaran RMK12 - Steven Sim
kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.
![Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708751532_TBSaarani.jpg)
Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.
![564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini 564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708440285_ShahAlam.jpg)
564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.
![RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707215191_DzulkeflyAhmad.jpg)
RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly
Perak menerima peruntukan RM212.42 juta di bawah Belanja Pembangunan Kementerian Kesihatan, bagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur fasiliti sektor itu, tahun ini.
![Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu - Ahmad Zahid Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706430373_AhmadZahidHamidi.jpg)
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu - Ahmad Zahid
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat tumpuan pendidikan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
![JKR Kelantan laksana 58 projek bernilai RM874 juta tahun ini JKR Kelantan laksana 58 projek bernilai RM874 juta tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705892168_TBJKRKELANTANjp.jpg)
JKR Kelantan laksana 58 projek bernilai RM874 juta tahun ini
Ia merangkumi pelbagai skop kerja termasuk projek bangunan dan pembinaan jalan raya membabitkan beberapa kementerian.
![MDX 2023: Optimis capai sasaran baharu tawaran teknologi digital MDX 2023: Optimis capai sasaran baharu tawaran teknologi digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698793584_MDECMDX.jpg)
MDX 2023: Optimis capai sasaran baharu tawaran teknologi digital
Pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia terus menunjukkan peningkatan cemerlang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz tawaran teknologi digital telah melonjak.
![Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607084754_TheFitchRatingslo.jpg)
Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings
Permintaan domestik Malaysia yang berdaya tahan dan perbelanjaan pembangunan lebih besar digariskan dalam RMK-12 akan menyokong pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh.