KUALA LUMPUR: Ekonomi negara dijangka berkembang antara 5.0 dan 5.5 peratus setahun untuk baki Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), didorong oleh permintaan dalam negeri, terutamanya perbelanjaan sektor swasta.
Menurut laporan Kajian Separuh Penggal RMK12 (KSP RMK12) 2021-2025 yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi pada Isnin, pendapatan negara kasar (PNK) per kapita pada harga semasa diunjur meningkat sebanyak 4.6 peratus setahun kepada RM61,000 (AS$14,250) pada 2025.
Potensi pengeluaran Malaysia pula dijangka berkembang antara 5.5 dan 6 peratus setahun bagi tempoh 2023-2025 di bawah RMK12, didorong oleh produktiviti yang lebih tinggi.
Dalam tempoh kajian semula (2021-2022), katanya potensi pengeluaran berkembang sebanyak 3.8 peratus setahun manakala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 5.9 peratus setahun disumbang oleh pertumbuhan produktiviti buruh yang lebih baik sebanyak 3.7 peratus setahun.
Bagi tahun 2023, ekonomi negara diunjur berkembang pada kadar 4.0-5.0 peratus.
"Inflasi meningkat kepada 3.3 peratus pada 2022. PNK per kapita pada harga semasa adalah sebanyak RM52,968 (AS$12,035) pada 2022, lebih tinggi berbanding RM42,838 (AS$10,191) pada 2020.
"Dalam tempoh kajian semula, tujuh daripada 12 sasaran ekonomi makro terpilih telah dicapai, empat sasaran berada pada landasan yang ditetapkan manakala satu sasaran masih ketinggalan.
"Di samping itu, empat daripada lapan sasaran matlamat pelbagai dimensi telah dicapai," katanya.
Sementara itu, penggunaan swasta dijangka meningkat pada kadar purata tahunan sebanyak 6.1 peratus, disokong oleh keadaan pasaran buruh yang bertambah baik dengan ekonomi kekal pada tahap guna tenaga penuh dan kadar inflasi dijangka kekal terkawal.
Selain itu, katanya sektor pembinaan dijangka kembali pulih disokong oleh pertumbuhan yang lebih kukuh dalam subsektor kejuruteraan awam dan bangunan kediaman.
"Lima industri HGHV ini dikenal pasti sebagai sebahagian daripada Anjakan Besar dalam Kajian Separuh Penggal RMK12. Pelaksanaan reformasi melalui Anjakan Besar ini dijangka menyokong sasaran pertumbuhan dalam semua sektor.
Sektor perkhidmatan juga dijangka berkembang pada kadar purata tahunan sebanyak 5.7 peratus, diterajui terutamanya oleh aktiviti berkaitan pengguna seperti dalam subsektor perdagangan runcit, penginapan serta makanan dan minuman.
Katanya usaha juga akan diambil bagi meningkatkan sumbangan subsektor perkhidmatan moden dengan memberi tumpuan kepada industri perkhidmatan ICT dan memanfaatkan teknologi kewangan, sebagai satu daripada inisiatif di bawah Anjakan Besar Industri HGHV Berasaskan Teknologi dan Digital.
Menurut laporan itu, subsektor elektrik akan diperkukuh melalui pertambahan kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) dengan sasaran sebanyak 31 peratus pada 2025, selari dengan Anjakan Besar Industri HGHV Berasaskan Peralihan Tenaga.
"Langkah akan diambil untuk mempergiat pengeluaran produk yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi dan kompleks dengan meningkatkan aktiviti pembuatan front-end termaju dan memperkukuh ekosistem keseluruhan, terutama dalam reka bentuk litar bersepadu (IC), pempakejan IC, fabrikasi wafer, sistem terbenam, perkhidmatan ujian dan kejuruteraan reka bentuk," katanya.
Pertumbuhan sektor pertanian diunjur menyederhana sebanyak 2.7 peratus setahun, disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit mentah yang terus kekal rendah manakala sektor pembinaan dijangka berkembang pada kadar purata tahunan sebanyak 6.7 peratus, dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam dan bangunan kediaman.
Sektor perlombongan pula dijangka berkembang sebanyak 3.1 peratus setahun, didorong oleh peningkatan dalam pengeluaran gas asli.
Menurut laporan itu, pelaburan swasta dijangka berkembang sebanyak 6.4 peratus setahun atau purata RM301 bilion setahun pada harga semasa, disokong oleh pelaksanaan projek baharu dan sedia ada merentas sektor utama ekonomi yang lebih cepat.
Pelaburan awam dijangka berkembang sebanyak 3.9 peratus setahun atau purata RM83 bilion setahun pada harga semasa disumbang oleh perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan dan perbelanjaan modal oleh perusahaan awam bukan kewangan.
Eksport kasar diunjur menyederhana sebanyak 3.7 peratus setahun, sejajar dengan prospek perdagangan global manakala import kasar diunjur berkembang sebanyak 3.6 peratus setahun berikutan peningkatan yang stabil bagi barangan pengantara dan modal untuk menyokong aktiviti pembuatan dan pelaburan.
Secara keseluruhan, katanya imbangan perdagangan diunjur mencecah RM290 bilion pada 2025.
Inflasi pula dijangka berada pada kadar antara 2.8 dan 3.8 peratus setahun disebabkan oleh pelaksanaan subsidi bersasar secara berperingkat, permintaan domestik yang lebih kukuh dan penambahbaikan dalam pasaran buruh.
"Usaha akan diperkukuh untuk membendung tekanan inflasi dengan meningkatkan stok pelbagai barangan makanan serta menambah baik kecekapan pengagihan bagi memastikan bekalan tidak terganggu," katanya.
Menurut laporan itu, usaha bersepadu akan diambil untuk menangani isu harga bagi meningkatkan kuasa beli dan kesejahteraan rakyat, khususnya kumpulan mudah terjejas.
"Bagi meringankan beban rakyat, mekanisme sedia ada akan disemak semula dengan menyediakan sistem perlindungan sosial yang komprehensif dan inklusif.
"Langkah akan diambil untuk membangunkan pangkalan data bersepadu bagi menambah baik mekanisme penentuan sasaran subsidi, memperkemas saluran penyampaian dan membolehkan pelaksanaan program bersasar termasuk pengenalan gaji progresif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Bagi tahun 2023, ekonomi negara diunjur berkembang pada kadar 4.0-5.0 peratus. - Gambar hiasan
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
Pembinaan hasil kerjasama agensi perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemaju swasta.
Pemaju gagal siapkan projek ikut jadual akan disenarai hitam
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dengan menyenarai hitam pemaju yang gagal menyiapkan projek di Pahang selepas lanjutan tempoh sebanyak tiga kali diberikan.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Lebih 2 juta pekerja asing dalam negara, hampiri sasaran RMK12 - Steven Sim
kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.
Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.
564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.
RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly
Perak menerima peruntukan RM212.42 juta di bawah Belanja Pembangunan Kementerian Kesihatan, bagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur fasiliti sektor itu, tahun ini.