Butiran terperinci rizab antarabangsa Malaysia mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan bahawa pada pada akhir Ogos 2014, rizab negara tetap boleh guna dan tiada halangan untuk menggunakannya.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa berdasarkan SDDS, butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat tentang saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain.
Ia juga menyediakan aliran masuk dan keluar pertukaran asing yang telah dianggarkan terlebih dahulu dan aliran masuk dan keluar potensi pada masa hadapan bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang.
Awal bulan ini, BNM melaporkan rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$132 bilion (US$1 = RM3.27) pada 29 Ogos 2014.
Ia berkata paras rizab itu mencukupi untuk membiayai sembilan bulan import tertangguh dan adalah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Selain aset rizab rasmi yang dilaporkan sebelum ini, BNM dalam butiran terperinci berdasarkan format SDDS itu hari ini, menunjukkan aset mata wang asing lain yang berjumlah US$5.62 bilion pada akhir Ogos 2014.
Pendedahan itu menunjukkan bahawa aliran keluar jangka pendek pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak US$1.50 bilion, disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan.
Bank pusat berkata sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak US$2.70 bilion dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Sementara itu, butiran terperinci itu juga menunjukkan jumlah kedudukan hadapan panjang adalah sebanyak US$1.05 bilion pada akhir Ogos.
BNM berkata satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah US$227.8 juta.
"Tiada sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," kata BNM.
Bernama
Tue Sep 30 2014
![Rizab Malaysia tetap boleh guna, tiada halangan menggunakannya - BNM Rizab Malaysia tetap boleh guna, tiada halangan menggunakannya - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/61404998045_295x200.jpg)
BNM melaporkan rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$132 bilion (US$1 = RM3.27) pada 29 Ogos 2014. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![BNM akan pertingkat kerangka FTFC, lindung pengguna mudah terjejas BNM akan pertingkat kerangka FTFC, lindung pengguna mudah terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715244820_tbBANKNEGARA.jpg)
BNM akan pertingkat kerangka FTFC, lindung pengguna mudah terjejas
Dokumen yang dipertingkatkan itu bertujuan mengukuhkan perlindungan kepada pengguna yang mudah terjejas dan memastikan kepentingan mereka turut dilindungi.
![BNM sediakan fleksibiliti kawal selia bagi bank terbitkan sukuk dalam denominasi ringgit BNM sediakan fleksibiliti kawal selia bagi bank terbitkan sukuk dalam denominasi ringgit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700843503_AdnanZaylaniMohama.jpg)
BNM sediakan fleksibiliti kawal selia bagi bank terbitkan sukuk dalam denominasi ringgit
Bank Negara Malaysia (BNM) kini menyediakan fleksibiliti kawal selia untuk bank pembangunan pelbagai hala untuk menerbitkan sukuk dalam denominasi ringgit.
![Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715165651_tbBANKNEGARA.jpg)
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion (AS$1=RM4.740) pada 30 April 2024.
![Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024 Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
![Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
![Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712580615_duit.jpg)
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
![Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712309737_tbBANKNEGARA.jpg)
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
![Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710841370_TBAMIRHAMZAH.jpg)
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
![Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665739806_TBROSMAHCOURT.jpg)
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
![Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM
Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif.