ANKARA: Ketua Bank Dunia dan IMF pada Isnin berkata risiko kemelesetan dalam ekonomi global semakin meningkat berikutan kenaikan kadar faedah serta ekonomi yang perlahan di seluruh dunia, lapor Anadolu.
"Sejak tiga tahun ini, kita menempuh kehidupan penuh kejadian yang tidak pernah tergambar dan ia memberi akibat buruk yang amat ketara," kata Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva, memetik wabak coronavirus, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, dan bencana iklim.
Beliau berkata ekonomi global telah beralih daripada persekitaran inflasi dan kadar faedah rendah kepada dunia yang "lebih terdedah dan rapuh."
"Kami mengira bahawa kira-kira satu pertiga daripada ekonomi dunia akan mencatat pertumbuhan negatif untuk sekurang-kurangnya dua suku berturut-turut pada tahun ini dan tahun depan," katanya sambil menegaskan bahawa sekitar AS$4 trilion akan hilang menjelang 2026 disebabkan oleh kelembapan ekonomi global - hampir bersamaan dengan KDNK Jerman.
"Inflasi pula sangat tinggi bagi mengetatkan kedudukan kewangan yang meningkat dengan cepat daripada jangkaan asal," kata Georgieva pada mesyuarat tahunan Bank Dunia-IMF di Washington .
Ketua IMF itu berkata China bergelut dengan gangguan COVID-19 dan turun naik pasaran perumahan yang turut mengheret ekonomi global manakala kadar faedah tinggi telah "mula terkesan" di AS.
Presiden Bank Dunia, David Malpass berkata dunia juga berhadapan risiko kemelesetan ekonomi tahun depan manakala ekonomi maju juga semakin perlahan.
"Penurunan nilai mata wang bermakna paras hutang bagi negara membangun semakin membebankan. Kenaikan kadar faedah mewujudkan beban tambahan. Inflasi masih merupakan masalah utama bagi semua orang terutama bagi golongan miskin," katanya.
Bank Dunia itu menganggarkan pandemik COVID-19 mengheret kira-kira 70 juta orang ke kancah kemiskinan tegar pada 2020, peningkatan terbesar dalam tempoh setahun sejak pemantauan kemiskinan global bermula pada 1990 manakala dianggarkan 719 juta orang lagi hidup dengan pendapatan kurang daripada US$2.15 sehari menjelang akhir 2020, menurut laporan yang dikeluarkan Rabu lalu.
"Ekonomi maju mengambil banyak modal dunia... (menerusi) pinjaman besar oleh syarikat besar, manakala bank pusat pula hanya membeli bon negara yang sangat maju. Ini memberi tekanan kepada pembangunan dari sisi makro," kata Malpass.
Ketua Bank Dunia itu berkata antara isu utama ekonomi global kini adalah bagaimana untuk meningkatkan pengeluaran dan pertumbuhan lebih tinggi.
"Ini patut dimulakan oleh ekonomi maju. Mereka mempunyai lebih banyak modal dan keupayaan untuk mengaplikasikannya dalam pelbagai sektor. Itu akan membantu menangani inflasi," katanya.
Malpass berkata jika ada "usaha bersepadu" untuk memacu dasar pertumbuhan ekonomi ke hadapan, terutama yang menambah baik bahagian penawaran, maka ini akan dapat segera menangani beberapa kebimbangan mengenai jangkaan inflasi.
Ekonomi maju perlu memikirkan semula mengenai aliran modal, katanya.
"Sangat sukar untuk memikirkan persekitaran pertumbuhan dunia di mana sekumpulan kecil negara tertentu mempunyai jumlah hutang tanpa had yang boleh dikeluarkan semasa krisis kerana apabila kerajaan berbuat demikian, ia mengeluarkan modal yang ada," katanya.
Georgieva berkata dunia tidak mampu menangani inflasi secara bersendirian dan jika bergabung tenaga dan bertindak bersama boleh mengurangkan kesan negatif yang menanti pada 2023.
"Kesan inflasi adalah buruk, begitu juga dengan kemelesetan...Satu bidang kita boleh memilih untuk bergabung tenaga mengumpul lebih banyak modal menangani kesan iklim dalam pasaran baharu dan pasaran pesat membangun," katanya.
Ketua IMF itu berkata walaupun komuniti global membelanjakan kira-kira US$30 bilion untuk penyesuaian dan mitigasi iklim, keperluan sebenarnya adalah sebanyak US$3-6 trilion.
"Sekiranya pasaran baharu dan pasaran pesat membangun tidak menurunkan trajektori pelepasan mereka, ia tidak memberi kesan kepada pencapaian negara maju. Ini kerana pertumbuhan semakin berkembang di negara pesat membangun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022
Ekonomi global telah beralih daripada persekitaran inflasi dan kadar faedah rendah kepada dunia yang "lebih terdedah dan rapuh." - Gambar hiasan/REUTERS
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Risiko kemelesetan ekonomi dunia meningkat - Ketua Bank Dunia, IMF
Ketua Bank Dunia dan IMF pada Isnin berkata risiko kemelesetan dalam ekonomi global semakin meningkat berikutan kenaikan kadar faedah serta ekonomi yang perlahan di seluruh dunia.