KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pagi ini hampir tidak berubah berbanding dolar AS menjelang pengeluaran data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat bagi Julai lewat petang ini.
Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.5710/5760 berbanding dolar AS daripada 4.5705/5755 pada penutup Rabu.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS pada masa ini mempamerkan aliran menurun dan ia akan lebih nyata sekiranya menembusi bawah paras 4.5550 dalam beberapa hari akan datang.
"Dari sudut makroekonomi, pelabur mungkin menantikan keluaran data inflasi AS untuk mendapatkan hala tuju selanjutnya.
"Sekiranya bacaan IHP lebih rendah daripada jangkaan, ia boleh mencetuskan pergerakan menurun dalam gandingan mata wang USD/MYR," katanya kepada Bernama sambil menambah USD/MYR boleh turun sehingga serendah paras 4.5050.
Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata situasi ekonomi China kini menjadi perhatian, kerana data menunjukkan negara itu sedang berhadapan cabaran dalam mencapai pertumbuhan besar pada 2023.
Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1798/1837 daripada 3.1897/1934 pada penutup Rabu, meningkat berbanding euro kepada 5.0144/0199 daripada 5.0175/0230 semalam dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.8102/8166 daripada 5.8187/8251 sebelumnya.
Berbanding mata wang Asean lain, unit tempatan turut diniagakan lebih tinggi.
Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3940/3979 daripada 3.3979/4021 semalam (Rabu), mengukuh berbanding peso Filipina pada 8.10/8.12 daripada 8.13/8.14 dan lebih kukuh berbanding baht Thai kepada 13.0332/0523 daripada 13.0791/0998 sebelumnya.
Bagaimanapun, nilai ringgit tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 300.9/301.3.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.5710/5760 berbanding dolar AS daripada 4.5705/5755 pada penutup Rabu. -Gambar fail/Bernama
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Ringgit ditutup tinggi disokong penurunan hasil bon Amerika Syarikat
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4495/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4660/4710 pada penutup Jumaat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan penurunan Indeks Dolar AS (DXY).
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati berikutan perkembangan ekonomi global semasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit meningkat berikutan dolar AS alami pembetulan
Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar AS yang lemah berikutan Indeks Dolar AS (DXY) mengalami pembetulan.