KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran peningkatan sebelum ini apabila ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong oleh harga minyak yang lebih stabil, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit mengukuh ke paras 4.4700/4730 berbanding dolar AS daripada 4.4840/4870 pada Rabu.
Menurutnya, harga minyak mentah kukuh selepas Arab Saudi mencadangkan bahawa Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya perlu mempertimbang untuk mengurangkan pengeluaran.
Harga minyak tersebut turut didorong oleh penyusutan inventori di AS bagi minggu yang berakhir pada 19 Ogos selain laporan bahawa kontrak niaga hadapan minyak mentah telah mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu pada 19 Ogos lepas.
Menurut laporan media, pihak Pentadbir Maklumat Tenaga (EIA) menyatakan bahawa inventori minyak mentah dan bahan api AS susut pada minggu lepas -- minyak mentah merosot sebanyak 3.3 juta tong kepada 421.7 juta tong bagi tempoh minggu sehingga 19 Ogos berbanding jangkaan penurunan sebanyak 933,000 tong.
Setakat petang Khamis, minyak mentah Brent diniagakan pada US$101.6 setong iaitu peningkatan sebanyak 0.40 peratus.
Sementara itu dalam nota tinjauannya, Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata sebarang pergerakan ringgit di bawah paras 4.4730 akan memberi ruang untuk unit tempatan itu mencatat prestasi lebih baik ke paras 4.4570 dan seterusnya 4.4050.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lain.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2174/2201 daripada 3.2169/2195 pada akhir urus niaga Rabu dan rendah berbanding euro kepada 4.4673/4703 daripada 4.4593/4623 sebelum ini.
Unit tempatan itu bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2902/2938 daripada 5.2916/2951 serta meningkat berbanding yen kepada 3.2750/2774 daripada 3.2847/2872.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022
Ringgit meneruskan aliran peningkatan sebelum ini apabila ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis. -Bernama
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025.
Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2865/2910 berbanding dolar AS daripada 4.2910/2940 ketika ditutup semalam.
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur susulan sentimen serantau lebih lemah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat susulan nasihat yang lebih lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.
Ringgit ditutup rendah ketika hasil AS meningkat
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang mendadak.
Naratif kukuh kerajaan dorong ringgit antara mata wang berprestasi terbaik dunia - Rafizi
Rafizi berkata Malaysia berpotensi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sekiranya semua pihak memfokuskan untuk meningkatkan prestasi ringgit.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
Ringgit terus kukuh dipacu pertumbuhan ekonomi - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II berkata permintaan ringgit yang tinggi akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan itu dengan lebih baik.
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS susulan pengambilan untung
Mata wang tempatan berkurangan kepada 4.1430/1485 berbanding 4.1275/1310 semasa ditutup semalam.