KUALA LUMPUR: Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa ditutup hari ini berikutan pandangan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell mengenai kadar faedah.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7050/7075 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 semasa ditutup pada Selasa.
Powell pada Selasa membayangkan keputusan kadar faedah bank pusat AS yang seterusnya tidak mungkin kepada kenaikan selepas pengumuman Indeks Harga Pengeluar AS yang lebih tinggi berbanding jangkaan pada April, iaitu peningkatan 2.2 peratus tahun ke tahun.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang serantau turut memperlihatkan trend sama apabila terus meningkat berbanding dolar AS.
"Walaupun tempoh penurunan kadar kekal menjadi perbincangan terbuka, sekurang-kurangnya kita boleh mengelak kenaikan kadar oleh Fed.
"Persoalannya adalah berapa lama Fed akan mengekalkan pendirian monetarinya yang terhad, dan sama ada ia akan berjaya membawa kadar inflasi ke arah sasaran dua peratus," katanya kepada Bernama.
Pasaran kemudiannya akan memantau pengumuman Indeks Harga Pengguna AS malam ini dan data ekonomi Malaysia pada Jumaat.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.0189/0207 daripada 3.0161/0182 semasa ditutup pada Selasa, susut berbanding pound Britain kepada 5.9391/9423 daripada 5.9158/9195 semalam, dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0941/0968 daripada 5.0900/0932 sebelumnya.
Mata wang tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang Asean.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4873/4894 daripada 3.4848/4873 semasa ditutup pada Selasa dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 293.5/293.8 daripada 292.7/293.3 sebelumnya.
Ia turut berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.8735/8867 daripada 12.8596/8730 semalam dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.17/8.19 daripada 8.15/8.16.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
![Ringgit terus kukuh berbanding dolar AS Ringgit terus kukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Mata wang tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang Asean. - Gambar fail/Bernama
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
![Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720344530_MohamadHasan.jpg)
Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad
UMNO Bahagian disaran mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat.
![Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699252306_PengerusiMARA.jpg)
Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan.
![Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341803_FahmiFadzil.jpg)
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
![Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720340181_Meninggaldunia.jpg)
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
![Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/61445589494_EkonomiBUDGET.jpg)
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.0420/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0410/0460 sewaktu ditutup semalam.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81591848192_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini, disokong oleh minat belian susulan pengumuman pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai dasar monetari, kata peniaga.
![Kenanga jangka BNM kekalkan OPR pada 3.25 peratus sehingga akhir tahun Kenanga jangka BNM kekalkan OPR pada 3.25 peratus sehingga akhir tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/41473234024_BANKNEGARA.jpg)
Kenanga jangka BNM kekalkan OPR pada 3.25 peratus sehingga akhir tahun
Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan Bank Negara Malaysia akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada 3.25 peratus hingga akhir tahun ini untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.
![Jerome Powell sah pengerusi Rizab Persekutuan AS seterusnya Jerome Powell sah pengerusi Rizab Persekutuan AS seterusnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61516766871_jeromepowell.jpg)
Jerome Powell sah pengerusi Rizab Persekutuan AS seterusnya
Senat Amerika Syarikat telah mengesahkan pelantikan Jerome Powell sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan berikutnya.
![Pasaran saham China merudum, terendah dalam lapan tahun Pasaran saham China merudum, terendah dalam lapan tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437990889_ChinaEconomy.jpg)
Pasaran saham China merudum, terendah dalam lapan tahun
Pasaran saham China jatuh lebih 8 peratus pada dagangan tengahari Isnin, terendah dalam 8 tahun bagi prestasi harian selepas aktiviti pengambilan untung berlarutan.