Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini namun kekal kukuh dengan persekitaran sentimen yang positif dalam pasaran, dalam kedudukan dolar yang lemah, kata peniaga.
Dolar US bertukar positif pada Khamis apabila Presiden Donald Trump berkata beliau mahukan ‘dolar yang kukuh’ sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin sehari sebelum itu bahawa beliau menyambut baik dolar yang lemah, menyebabkan mata wang negara itu suust ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun.
Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada paras 3.8850/8900 berbanding dolar US daripada 3.8840/8870 pada penutupan Khamis.
Ketua Perdagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes, berkata pasaran kini mempunyai lebih pendedahan kepada ringgit berbanding unjuran pasaran, dan apabila Bank Negara Malaysia memutuskan kenaikan kadar konsensus, ia tidak dapat sokongan seperti yang diharapkan.
"Ia mungkin kes yang bergerak terlalu jauh terlalu cepat dan penggiat pasaran bersedia untuk membuat keuntungan pada peringkat awal yang lebih rendah," katanya.
Innes berkata keuntungan segera ringgit mungkin terbantut oleh pandangan ‘laissez-faire’ terhadap unjuran inflasi domestik apabila kenyataan itu menyebut Indeks Harga Pengguna dijangka lebih rendah pada 2018.
"Ini menunjukkan kenaikan satu kadar sahaja untuk 2018, dengan unjuran kadar inflasi yang lebih rendah," katanya.
Bank Negara Malaysia berkata tekanan inflasi bukan menjadi penyebab utama dalam membuat keputusan menaikkan kadar faedah, sebaliknya lebih kepada mengurangkan kedudukan cemas sebagai penampan kesan Brexit yang berpotensi menggugat kestabilan, kata Innes.
Bagaimanapun, ringgit disokong dengan baik oleh asas makro yang teguh dan harga bahan api yang lebih tinggi, katanya, dan menambah pertimbangan pasaran mengenai aliran menurun kitaran lanjutan pada dolar US, juga boleh mendorong peningkatan ringgit di bawah paras 3.80 dalam tempoh terdekat dengan kemungkinan bergerak ke tahap 3.70 jika kenaikan kadar pada 2018 menjadi kenyataan.
“Setakat hari ini, kita harus mengharapkan mata wang tempatan menjejaki pergerakan dolar US berbanding yen Jepun (JPY) serta China Yuan Renminbi (CNH) sebagai pemacu serantau kritikal untuk sentimen dolar hari ini," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.8197/8271 daripada 4.8286/8327 pada Khamis dan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9663/9706 daripada 2.9746 / 9781.
Ringgit lebih tinggi berbanding pound British kepada 5.5027/5102 daripada 5.5491/5537, dan meningkat berbanding yen kepada 3.5415/5464 daripada 3.5630/5661.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2018
Keuntungan segera ringgit mungkin terbantut oleh pandangan 'laissez-faire' terhadap unjuran inflasi domestik apabila kenyataan itu menyebut Indeks Harga Pengguna dijangka lebih rendah pada 2018. - Gambar hiasan
Dialog Anak Muda: Belanjawan 2025: Macam mana ok?
Rasionalisasi subsidi RON95, kadar baharu gaji minima dan pemerkasaan TVET antara tumpuan dalam pembentangan Belanjawan 2025. Analisis isu-isu ekonomi diteruskan dalam Dialog Anak Muda 8.30 malam ini.
AWANI Tonight: Belanjawan 2025: What are the hits and misses
Bait al-Amanah's Benedict Weerasena shares his thoughts on the hits and misses of Budget 2025, which sees an allocation of RM421 bil, a 3.3% increase from the previous year.
AWANI Tonight: Key highlights from Belanjawan 2025
Key highlights from Belanjawan 2025, which includes increased allocations for Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tax reliefs for first home buyers, and cash aid for singles, among other reforms.
PDRM pastikan insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya - KPN
PDRM akan memastikan semua perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk pasukan keselamatan itu, akan dimanfaatkan sepenuhnya.
AWANI Tonight 18 Oct 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
It's About YOUTH: Rethinking the workplace for the younger generation
Celine Ting (@celinetingkl) from OpenAcademy and Anas Hayyan (@anashayyan) from Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) discuss strategies for retaining and developing today's workforce, with a focus on meeting Gen Z's expectations while boosting productivity. #ItsAboutYOUth
345,000 rakyat Palestin di Gaza berdepan krisis kebuluran pada musim sejuk ini - PBB
Terdapat peningkatan ketara daripada 133,000 individu yang kini diklasifikasikan sebagai mengalami "krisis ketidakjaminan makanan."
Dua lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story bertitah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Perbelanjaan isi rumah diunjur tumbuh lima peratus kepada RM952.6 bilion tahun depan - BMI
BMI, unit Fitch Solutions, mengunjurkan perbelanjaan isi rumah Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus tahun ke tahun pada 2025 kepada RM952.6 bilion.
Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Public Bank cadang ambil alih 44.15% saham LPI Capital bernilai RM1.72 bilion
Public Bank Berhad menandatangani perjanjian jual beli bersyarat bagi mengambilalih 44.15% saham dalam kepentingan ekuiti LPI Capital Bhd dengan pertimbangan tunai sebanyak RM1.72 bilion.
OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$119.7 bilion pada 30 Sept, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$119.7 bilion (pada 30 Sept, 2024 daripada AS$116.8 bilion pada 30 Ogos lepas.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Malaysia dan Indonesia baharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala
Kedua-dua bank pusat itu memeterai pembaharuan LCBSA susulan perjanjian pertama yang dimeterai pada 2019 dan diperbaharui pada 2022.
Ringgit mengukuh susulan penurunan kadar AS, prospek positif ekonomi Malaysia - BNM
Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada AS$116.8 bilion (AS$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.
Bursa Malaysia diunjur lebih tinggi minggu depan
Keputusan Fed telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ringgit dan memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) fleksibiliti yang diperlukan dalam kerangka dasarnya.