KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup hari ini, menjejaki sentimen yang bertambah baik untuk yuan China susulan perkembangan yang positif di Shanghai, di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemelesetan di AS.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu diniagakan pada 4.3880/3915 berbanding 4.3980/3995 ketika ditutup pada Jumaat.
Rakan Kongsi Pengurusan, SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, berikutan Shanghai mencatatkan kes 'sifar COVID-19' di seluruh daerahnya, bandar itu dijangka dibuka secara berperingkat, justeru, ini meningkatkan ringgit dan proksi pertukaran asing serantau China yang lain.
"Jika China boleh merancang pembukaan semula yang kukuh, prestasi ringgit akan menjadi lebih positif, kata Innes kepada Bernama.
Ringgit berkorelasi positif dengan yuan China memandangkan China kekal sebagai rakan dagangan terpenting Malaysia.
Sementara itu, penganalisis kanan OANDA Asia Pasifik Jeffrey Halley berkata kebimbangan mengenai kemungkinan kemelesetan di AS berkemungkinan membawa kepada pembetulan yang wajar pada dolar AS.
Ini katanya, seharusnya memberi keredaan kepada euro dan mata wang Asia dan mungkin emas dan mata wang kripto, sekurang-kurangnya sehingga Rizab Persekutuan AS (Fed) meningkatkan kadar faedah terasnya sebanyak 0.5 peratus lagi pada Jun.
Ringgit, bagaimanapun, diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.
Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1643/1671 daripada 3.1482/1497 ketika ditutup pada Jumaat dan susut berbanding euro kepada 4.5969/6005 daripada 4.5625/5640.
Ringgit juga turun berbanding pound Britain kepada 5.4653/4696 daripada 5.3568/3586 Jumaat lepas dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.3939/3969 daripada 3.4127/4142 sebelumnya.
Pasaran ditutup pada Isnin sebagai ganti cuti umum Hari Wesak yang jatuh pada hari Ahad.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022
Ringgit berkorelasi positif dengan yuan China memandangkan China kekal sebagai rakan dagangan terpenting Malaysia. - Gambar hiasan/ Reuters
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
[LAPOR LANGSUNG] Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah rotan kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Guna kestabilan politik untuk laksana dasar untungkan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata kestabilan politik perlu dimanfaat sebagai ruang untuk melaksanakan dasar yang baik untuk rakyat.
Momentum pengukuhan ringgit dijangka berterusan minggu depan
Ringgit dijangka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
Ringgit paling kukuh berbanding dolar AS di Asia - Rafizi
Ringgit adalah satu-satunya mata wang di Asia yang telah mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini, dengan pengukuhan sebanyak 2.16 peratus.
Maybank jangka ringgit naik kepada RM4.60 berbanding dolar AS akhir tahun ini
Maybank Research menjangkakan ringgit lebih kukuh akhir tahun ini pada RM4.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS
Ringgit diniagakan tinggi pada Isnin berbanding dolar AS berikutan keyakinan baharu mengenai prospek penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.
Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh
Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit buat masa ini - Menteri
Kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit pada masa ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.