KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa ditutup hari ini berikutan penurunan Indeks Dolar AS (DXY), kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang serantau lain seperti rupiah Indonesia, peso Filipina, won Korea dan rupee India turut meningkat berbanding dolar AS.
"Kami yakin pasaran akan terus berhati-hati dengan penilaian kecenderungan menaikkan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS terhadap ekonomi AS.
"Sehubungan itu, angka Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS pada Jumaat yang merupakan tolok inflasi pilihan Fed akan dipantau dengan teliti," katanya kepada Bernama.
Di tempat lain, minyak mentah Brent kekal hampir kepada US$90 setong walaupun terdapat ketidaktentuan mengenai ketegangan Timur Tengah.
Di lokasi lain, minyak mentah Brent kekal hampir kepada paras US$90 setong meskipun dilanda ketidaktentuan disebabkan ketegangan di Timur Tengah.
"Secara keseluruhannya, pasaran pertukaran asing kekal berhati-hati pada masa ini," kata Mohd Afzanizam.
Berkongsi pandangan yang sama, Pengarah Urusan SPI Aset Management Stephen Innes berkata data ekonomi AS utama yang akan diumumkan lewat minggu ini, terutama Keluaran Dalam Negara Kasar AS dan bacaan PCE teras, boleh mempengaruhi hala tuju ke hadapan Fed.
Beliau berkata pasaran berisiko mengharapkan data yang kurang memberangsangkan, yang turut dapat memberikan sokongan kepada ringgit.
"Walaupun perbezaan kadar faedah antara AS dan Malaysia terus menjadi faktor negatif yang penting bagi ringgit, ketegangan yang mereda baru-baru ini di Timur Tengah telah mengurangkan permintaan terhadap mata wang selamat seperti dolar AS.
"Sehubungan itu, terdapat perubahan tidak ketara dalam aliran mata wang apabila peserta pasaran menentukur semula penilaian risiko mereka sebagai respons kepada perubahan dinamik geopolitik," kata Innes.
Melihat kepada landskap makroekonomi, beliau berkata anjakan positif yang mula wujud dalam kitaran pembuatan global dijangka meningkatkan pertumbuhan global.
Trend ini boleh mengurangkan tahap kekuatan dolar AS dalam jangka sederhana, sekiranya risiko yang tidak diduga seperti ketegangan yang meningkat di Timur Tengah tidak berlaku.
"Akhirnya, peniaga tempatan juga akan memantau dengan teliti sebarang isyarat intervensi pertukaran asing oleh Jepun, terutama dengan mesyuarat dasar Bank of Japan yang dijadualkan pada akhir minggu ini.
"Apa-apa intervensi dijangka meningkatkan ringgit buat sementara waktu," kata Innes.
Ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0852/0877 daripada 3.0947/0978 semasa ditutup pada Jumaat, menokok berbanding pound Britain kepada 5.8938/8981 daripada 5.9533/9589,manakala berbanding euro, ringgit meningkat kepada 5.0859/0896 daripada 5.0961/1009 sebelumnya.
Ia diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang Asean.
Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9044/9198 daripada 12.9668/9847 semasa ditutup pada Jumaat dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5041/5069 daripada 3.5113/5149.
Ringgit naik berbanding peso Filipina kepada 8.29/8.31 daripada 8.30/8.32 dan kekal tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 293.9/294.4.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan/Astro AWANI
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Rebut takhta popular, YouTuber maut ditikam pesaing sewaktu bersiaran langsung
Insiden berlaku semasa Joddoltv bersiaran langsung ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah membabitkan dia dan suspek.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Laluan utama Kampung Batu 3 Mambau runtuh selepas hujan lebat
Disebabkan kejadian itu, penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan jauh untuk ke mana-mana.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Bantahan peserta Israel di final pertandingan Eurovision
Kumpulan yang membantah penyertaan Israel dalam Pertandingan nyanyian Eurovision telah dikepung oleh polis di Malmo pada Sabtu sebelum pertandingan itu.
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.