KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum peningkatannya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syaarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Isnin, menjejaki sentimen positif susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu lepas, kata penganalisis.
Pada 9.02 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6645/6750 berbanding dolar AS daripada 4.6675/6720 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit diunjur kekal positif pada minggu ini apabila pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengubah pendirian dasar monetari pada tahun depan.
"Pasca keputusan FOMC pada 13 Dis, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS berada di bawah paras empat peratus manakala gandingan Indeks Dolar AS (DXY) sekitar 102 mata yang rendah berbanding 104 mata sebelum mesyuarat Fed.
"Bagaimanapun, hasil Perbendaharaan dua tahun AS yang memaparkan peralihan pendirian dasar monetari FOMC mungkin tidak bertahan lama berikutan kenaikan tujuh mata asas pada Jumaat lepas pada 4.44 peratus," katanya kepada BERNAMA.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kelompok mata wang utama.
Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9151/9284 daripada 5.9646/9703 pada akhir urus niaga Jumaat, meningkat berbanding euro kepada 5.0838/0953 daripada 5.1165/1214 dan lebih tinggi berbanding yen Jepun pada 3.2814/2890 daripada 3.2930/2966 sebelumnya.
Selain itu, ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang Asean.
Ia turut meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.38 daripada 8.38/8.40 dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia pada 301.0/301.8 daripada 301.2/301.6.
Berbanding dolar Singapura, ringgit mengukuh kepada 3.5011/5092 daripada 3.5136/5173 pada Jumaat lepas dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.3386/3763 daripada 13.3970/41769, sebelum ini.
- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
![Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702334055_TBringgitmalaysia.jpg)
Pada 9.02 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6645/6750 berbanding dolar AS daripada 4.6675/6720 pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
![Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702334055_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9.02 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6645/6750 berbanding dolar AS daripada 4.6675/6720 pada Jumaat lepas.
![Ringgit terus mengukuh kepada 4.38 berbanding dolar AS Ringgit terus mengukuh kepada 4.38 berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662985491_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit terus mengukuh kepada 4.38 berbanding dolar AS
Antara faktor peningkatan ringgit disokong oleh keyakinan menjelang pengumuman Kabinet Malaysia.