KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur menunggu pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) negara maju itu pada lewat hari ini, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6790/6830 berbanding dolar AS daripada 4.6805/6830 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran dilihat gelisah dengan prospek data IHP yang juga petunjuk utama inflasi dan boleh menentukan langkah seterusnya Rizab Persekutuan mengenai dasar monetari di AS.
Selain itu, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pula dijadual mengadakan mesyuarat keduanya untuk tahun ini pada minggu depan.
"Persoalan utama adalah mengenai tempoh masa atau pelaksanaan bagi penurunan kadar faedah yang telah ditunda beberapa kali," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain termasuk naik berbanding pound Britain kepada 5.9971/6.0022 daripada 6.0107/0139 semalam.
Ia juga meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1856/1885 daripada 3.1923/1942 semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 5.1137/1181 daripada 5.1181/1209 sebelum ini.
Berbanding mata wang Asia, ringgit turut diniagakan kebanyakannya mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5170/5203 daripada 3.5197/5218 pada akhir urus niaga semalam dan naik berbanding baht Thailand pada 13.1963/2128 daripada 13.2229/2363.
Unit tempatan itu bagaimanapun hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 300.0/300.5 daripada 300.1/300.5 pada Isnin serta tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.45/8.46.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6790/6830 berbanding dolar AS daripada 4.6805/6830 pada akhir urus niaga semalam. -Gambar fail
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati berikutan perkembangan ekonomi global semasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit meningkat berikutan dolar AS alami pembetulan
Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar AS yang lemah berikutan Indeks Dolar AS (DXY) mengalami pembetulan.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.4765/4820 berbanding unit negara maju daripada 4.4715/4780 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8.03 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4680/4780 berbanding dolar AS daripada 4.4715/4780 pada Jumaat lepas.