KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini didorong data perumahan Amerika Syarikat (AS) yang lemah, yang dikeluarkan dalam laporan bersama oleh Jabatan Perumahan dan Pembangunan Bandar AS dan Biro Banci AS semalam.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6690/6725 berbanding dolar AS daripada 4.6785/6830 semasa ditutup semalam.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata data perumahan itu telah menguatkan lagi jangkaan kepada penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada suku kedua 2024.
"Jangkaan kepada penurunan kadar ini telah mewujudkan tekanan penyusutan terhadap hasil AS dan dilihat sebagai menyokong ringgit.
"Bagaimanapun saya menjangka sebarang peningkatan tambahan mungkin mengalami kekangan menjelang pengeluaran data inflasi perbelanjaan pengunaan peribadi (PCE) AS lewat minggu ini," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya data inflasi AS lebih rendah daripada jangkaan, ini berpotensi menyumbang kepada pengukuhan ringgit, mendorong sehingga di bawah paras 4.65.
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menokok berbanding euro kepada 5.1140/1178 daripada 5.1220/1269 pada Isnin, namun turun berbanding yen Jepun kepada 3.1430/1456 daripada 3.1334/1366 dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.8965/90296 daripada 5.90809.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4948/4976 daripada 3.4961/5000 dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.43 daripada 8.43/8.45 sebelum ini.
Sementara itu, ringgit merosot berbanding baht Thailand kepada 13.3629/3791 daripada 13.3181/3381 dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 302.4/302.8 daripada 301.9/302.3 semasa ditutup semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar

Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.

9 orang dimasukkan ke hospital di Singapura akibat penggunaan modafinil, armodafinil
Sembilan individu dimasukkan ke hospital di Singapura dalam tempoh setahun sejak Februari 2024 akibat reaksi kulit serius selepas mengambil modafinil atau armodafinil.
Tumpuan Selasa – 11 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kertas cadangan autonomi tambahan C4P dikemukakan kepada JPA pada Mei
Kementerian Kesihatan kini berada di peringkat akhir dalam penyediaan kertas cadangan bagi memberikan autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P).
AWANI Tonight 10 March 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews

Sabah Maju Jaya: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
10 Berita Pilihan - (10 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta
Ia berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.

Seorang lagi mangsa kemalangan babitkan Honda Jazz meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1 Khamis lalu disahkan meninggal dunia pada Isnin.

Pengawal keselamatan dilanggar kereta ketika leraikan pergaduhan
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.

Ringgit kukuh berbanding dolar AS meskipun data perumahan AS lemah
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6690/6725 berbanding dolar AS daripada 4.6785/6830 semasa ditutup semalam.