Kemunculan pakar ekonomi 'segera' dalam media sosial yang mengaitkan kejatuhan nilai ringgit dengan situasi politik semasa telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat, menurut seorang ahli akademik.
Prof Razli Che Razak, ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Majlis Profesional Negara, berkata penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bukan berpunca daripada kemelut politik negara.
Sebaliknya, katanya, kejatuhan nilai mata wang ringgit dalam pasaran dunia disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dunia serta peranan pemain dalam pasaran tukaran mata wang.
"Sekarang ini, banyak orang dalam dunia siber menjadi pakar ekonomi 'segera' yang menyebarkan kerisauan mengenai nilai ringgit tanpa berdasarkan fakta sebenar," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Ketidaktentuan nilai mata wang berlaku terhadap semua negara yang berdagang dengan dolar Amerika Syarikat seperti Australia dan New Zealand, katanya.
Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan itu berkata yang memburukkan keadaan kini apabila pakar ekonomi 'segera' tidak bertauliah ini mengambil kesempatan mengaitkannya dengan keyakinan terhadap politik negara.
Sementara itu, pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa berkata bagi membendung spekulasi yang boleh menjejaskan imej kerajaan, pihak berkenaan seperti Bank Negara harus memberi penerangan sehingga ke peringkat akar umbi.
"Penerangan berdasarkan fakta harus diberi untuk menenangkan kekhuatiran orang ramai dan menghentikan spekulasi tidak tentu hala yang dikeluarkan," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan peniaga akan menaikkan harga barangan walaupun ia tiada kaitan dengan import.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata tiada khabar angin mengatakan harga barangan terutama yang diimport akan naik ekoran situasi mata wang kini.
"Saya lihat peniaga menjual barangan mereka dengan harga biasa dan ada juga yang menjual murah kerana menghabiskan stok yang ada," katanya.
Namun beliau meminta peniaga supaya berurus niaga dengan negara yang menggunakan mata wang rendah supaya barangan tidak dijual dengan harga tinggi.
Pada 5 petang Rabu, mata wang ringgit ditutup rendah pada RM4.04 berbanding dolar AS daripada RM3.96 pada Selasa.
Bernama
Thu Aug 13 2015
Sekarang ini, banyak orang dalam dunia siber menjadi pakar ekonomi 'segera' yang menyebarkan kerisauan mengenai nilai ringgit tanpa berdasarkan fakta sebenar.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
Ringgit dijangka cecah 4.11 berbanding dolar AS menjelang akhir 2023 - Kenanga
Kenanga Research mengunjurkan ringgit diniagakan pada paras 4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini daripada paras lebih 4.40 pada masa ini.
Harga minyak merosot ekoran kebimbangan ke atas permintaan
Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent didagangkan pada AS$82.16 setong pada 09.24 pagi waktu tempatan.
Ringgit secara relatif stabil berbanding mata wang rakan dagang utama - BNM
Ringgit secara relatif kekal stabil jika dibandingkan dengan mata wang rakan dagang utama Malaysia.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0400/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0405/0445 ketika ditutup pada urus niaga Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi mata wang negara Asia sedang pesat membangun susulan peningkatan harga minyak mentah dan penurunan mata wang AS.
Ringgit mungkin cecah paras psikologi 4.0 minggu hadapan
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS pada minggu hadapan.
Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS pada pembukaan
Mata wang tempatan diniagakan tinggi 120 mata asas (bps) kepada 4.0430/0480 berbanding dolar AS.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada peningkatan harga minyak mentah dan kelemahan dolar AS.
Ringgit mengukuh pada dagangan pertama 2021
Pada 6 petang Isnin, Ringgit meningkat kepada 4.0040/4.0090 berbanding Dolar Amerika.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini yang menunjukkan bukti kukuh bahawa ia memberikan panduan kepada prestasi untuk tahun ini.