KUALA LUMPUR:Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada peningkatan harga minyak mentah dan kelemahan dolar AS. di tengah-tengah sentimen minat risiko dalam pasaran.
Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.0080/0130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0140/0200 pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peningkatan ringgit itu seiring dengan kenaikan penanda aras minyak mentah Brent yang meningkat kepada lebih US$53 setong hari ini.
Beliau berkata harga minyak mentah melonjak hari ini selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu-sekutunya (OPEC+) memutuskan untuk mengurangkan kuota pengeluaran bagi Februari dan Mac, dengan Arab Saudi mengumumkan tambahan pengurangan satu juta tong sehari (mbpd).
Ini menjadikan jumlah pengurangan pengeluaran sebanyak 8.125 mbpd dan 8.05 mbpd masing-masing bagi Februari dan Mac, katanya.
"Ini telah membantu ringgit memandangkan korelasi positif antara minyak mentah dan ringgit. Oleh itu ringgit Malaysia kekal kukuh buat masa ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Pakar Strategi Pasaran Axi Stephen Innes berkata ringgit mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak selepas Arab Saudi komited untuk mengurangkan sejumlah besar kuota pengeluarannya.
"Ditambah dengan kemungkinan besar parti Demokratif akan menang besar dalam pengundian Kongres telah menyaksikan dolar menyusut berikutan jangkaan lebih banyak lagi pakej rangsangan," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain kecuali yen Jepun.
Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0440/0480 daripada 3.0425/0482 pada Selasa, turun berbanding euro kepada 4.9443/9516 daripada 4.9256/9341 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.4685/4757 daripada 5.4474/4572 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8954/9022 daripada 3.9032/9094 pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 06 2021

Peningkatan ringgit itu seiring dengan kenaikan penanda aras minyak mentah Brent yang meningkat kepada lebih US$53 setong hari ini. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.