Ringgit dijangkakan kekal kukuh sekitar 4.30 kepada dolar US minggu depan didorong oleh kesan limpahan pertumbuhan Keluarah Dalam Negara Kasar (KDNK).
Data KDNK yang menggalakkan bagi suku pertama 2017 (1Q17), yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Jumaat, membantu mengukuhkan unit tempatan sebanyak 0.18 peratus, dan kesan positif ini dijangkakan berterusan.
Ini lebih-lebih lagi disebabkan ekonomi Malaysia dalam kedudukan mengukuh hasil daripada prestasi eksport dan perbelanjaan modal yang lebih tinggi.
Ekonomi Malaysia mencatat pertumbahan kukuh sebanyak 5.6 peratus pada 1Q17 berbading 4.1 peratus pada suku yang sama pada 2016, diperkukuh oleh permintaan domestik dan perbelanjaan swasta yang meningkat.
Ia merupakan catatan terbaik sejak suku yang sama pada 2015, yang menyaksikan KDNK mencatatkan 5.8 peratus.
Semasa mengumumkan data KDNK 1Q17, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata ringgit stabil hasil langkah yang dilaksanakan bagi membangunkan pasaran kewangan domestik, dan trend itu kini mencerminkan kedudukan kukuh ringgit serta ekonomi negara.
"Seterusnya ringgit akan terus mencerminkan kedudukan ekonomi Malaysia. Ketidaktentuan berterusan di luar negara mungkin meningkatkan turun naik pergerakan ringgit," katanya.
Sementara itu Standard Chartered Bank Malaysia berkata ada ruang untuk ringgit mengukuh berdasarkan skala pengaliran keluar portfolio sejak empat tahun lepas.
"Walaupun ringgit yang meningkat mungkin dilihat sebagai petanda keyakinan ke atas ekonomi domestik, kami melihat bank pusat mungkin menyasarkan untuk meningkatkan semula rizab tukaran asing," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit bergerak antara 4.3440 dan 4.3140 berbanding dolar US.
Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan didagangkan tinggi pada 4.3180/3230 berbanding dolar daripada 4.3440/3470.
Ringgit bagaimanapun ditutup rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1056/1114 daripada 3.0859/0900 dan rendah berbanding yen kepada 3.8723/8782 daripada 3.8213/8246 minggu lepas.
Ringgit juga rendah berbanding pound British kepada 5.6177/6247 daripada 5.5859/5902 dan rendah berbanding euro pada 4.8176/8245 daripada 4.7232/7269.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2017

Menurut penganalisis ada ruang untuk ringgit mengukuh berdasarkan skala pengaliran keluar portfolio sejak empat tahun lepas. - Gambar fail

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Prestasi kukuh KDNK 2024 pacu ringgit ditutup tinggi
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 peratus perlihat daya tahan dalam ketidaktentuan global
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.