KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini memandangkan pasaran menunggu keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam ini, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7160/7185 berbanding dolar AS daripada 4.7175/7205 semasa ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) terus berlegar melepasi 105 mata apabila Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan pendirian terbatas berikutan data yang kukuh bagi Senarai Gaji Bukan Ladang AS pada Jumaat lepas.
"Bagaimanapun, tiada keputusan dibuat mengenainya dan unjuran makroekonomi terkini akan menjadi faktor penting yang menentukan sentimen terhadap jangkaan penurunan kadar.
"Buat masa ini, September dijangka sebagai bulan untuk Fed memulakan pelonggaran monetari berdasarkan anggaran konsensus," katanya kepada Bernama.
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9977/9995 daripada 3.0000/0021 semasa ditutup pada Selasa, namun merosot berbanding euro kepada 5.0711/0738 daripada 5.0708/0741 semalam, dan susut berbanding pound Britain kepada 6.0157/0189 daripada 6.0073/0111 sebelumnya.
Berbanding mata wang serantau ASEAN, mata wang tempatan itu meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 289.3/289.7 daripada 289.5/289.9 semasa ditutup pada Selasa.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4879/4900 daripada 3.4862/4887 semalam, berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.8529/8643 daripada 12.8364/8491 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.05/8.4 daripada 8.05/8.4 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7160/7185 berbanding dolar AS daripada 4.7175/7205 semasa ditutup semalam. - Gambar fail/Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 8.21 pagi, ringgit berada di paras 4.4430/4490 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4480, semalam.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat FOMC Khamis ini
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4250/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4360 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan ASEAN, menjelang pengumuman KDNK Malaysia
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4325/4555 berbanding dolar AS daripada 4.4535/4600 ketika ditutup pada Khamis.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.