KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memandangkan mata wang negara maju itu kekal kukuh meskipun pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) membuat kenyataan yang cenderung kepada kadar faedah rendah.
Kenyataan itu menunjukkan pendirian bank pusat AS terhadap pengurangan kadar faedah tahun ini.
Penganalisis berkata kalangan peniaga kini menunggu data Indeks Pengurus Pembelian (IPP) Pembuatan ISM AS yang akan dikeluarkan lewat hari ini, untuk menjangkakan hala tuju pasaran seterusnya.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7285/7325 berbanding dolar AS daripada 4.7215/7280 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit tidak dapat memanfaatkan laporan positif dari China meskipun aktiviti perkilangan negara itu menunjukkan tanda-tanda lebih baik pada Mac apabila naik buat kali pertama sejak September 2023, dengan IPP pembuatannya meningkat kepada 50.8.
"Sebaliknya, ringgit kekal rendah, dipengaruhi oleh aliran konsisten ulasan cenderung kepada kadar faedah tinggi daripada Fed," katanya.
Beliau berkata kenyataan itu menunjukkan pihak Fed tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar faedah sehingga inflasi mencecah kadar sasaran mereka.
"Pendirian ini ditambah dengan komitmen kukuh Fed terhadap kebergantungan data, menyebabkan pasaran pertukaran mata wang asing mengalami dagangan dengan sentimen berhati-hati.
"Peniaga memantau rapat data pembayaran gaji bukan ladang (NFP) minggu ini untuk mendapatkan sebarang petunjuk berkaitan hala tuju dasar Fed, yang mungkin menyebabkan permulaan dagangan berhati-hati bagi minggu ini untuk ringgit," katanya.
Pada penutupan dagangan, ringgit juga diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Unit domestik susut berbanding euro kepada 5.1002/1045 daripada 5.0907/0977 ketika ditutup pada Jumaat lepas serta rendah berbanding pound British kepada 5.9674/9729 daripada 5.9548/9630.
Ringgit lemah berbanding yen Jepun kepada 3.1232/1260 daripada 3.1194/1241.
Mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.
Unit domestik turun berbanding baht Thailand kepada 12.9793/12.9949 daripada 12.9712/12.9983 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5054/5087 daripada 3.4987/5040.
Walau bagaimanapun, ringgit tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 297.4/297.8 daripada 297.7/298.2 minggu lepas dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.40/8.41.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024

Pada penutupan dagangan, ringgit juga diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama. - Gambar fail/Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Ringgit ditutup rendah berikutan ekonomi AS menunjukkan tanda pemulihan
Ringgit meneruskan trend penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Bank of England dijangka kekalkan kadar asas selepas inflasi meningkat
Bulan lepas, angka rasmi menunjukkan inflasi meningkat semula kepada 2.3 peratus pada Oktober, lonjakan tertinggi dalam tempoh dua tahun.

Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah pada Khamis berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pengukuhan mata wang itu yang didorong oleh ketidaktentuan yang memuncak dalam geopolitik.

Kadar faedah AS turun, Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring pasaran serantau
Sewaktu pasaran ditutup, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.06 mata atau 0.3 peratus kepada 1,665.65.

Rizab Persekutuan Amerika akhirnya turunkan 50 mata asas kadar faedah
Pemotongan itu bertujuan meredakan kembali pasaran pekerjaan dan menurunkan kadar inflasi.

Ringgit mengukuh menjelang jangkaan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.3460/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3470/3505 semasa ditutup pada Isnin.

Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh penurunan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras global.

Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan
Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan ketika ditutup pada Isnin, didorong kebimbangan yang semakin reda terhadap potensi kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat ke paras 4.4710/4750 berbanding dolar AS daripada 4.4950/5010 pada penutup semalam.