KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila unit negara maju meningkat susulan kenyataan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah.
Penganalisis berkata prestasi ringgit adalah seiring dengan kebanyakan mata wang Asia yang merosot pada Khamis selepas Fed mengekalkan kadar faedah untuk sementara, namun menegaskan akan kekal lebih tinggi untuk tempoh lebih panjang.
Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.6890/6940 berbanding dolar AS daripada 4.6840/6880 sewaktu ditutup pada Rabu.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata potensi peningkatan kadar faedah AS pada November banyak bergantung kepada data, manakala kadar faedah AS yang dikekalkan pada Rabu adalah langkah "menghentikan seketika kenaikan kadar faedah."
"Inilah sebabnya dolar lebih kukuh hari ini. Tindakan itu mungkin mengekalkan bidaan dolar sehingga Oktober. Sehingga kitaran dolar yang kukuh ini berakhir, ringgit akan kekal lemah," katanya kepada Bernama.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keputusan Fed malam tadi jelas menunjukkan hasratnya untuk mengekalkan kadar faedah tinggi bagi tempoh lebih lama.
"Fed juga telah menyemak semula unjuran kadar dana Fed bagi 2024, lebih tinggi berbanding ramalan 4.6 peratus pada Jun kepada 5.1 peratus. Oleh itu, ini akan mengekalkan dolar AS berikutan perbezaan kadar faedah yang memihak kepada unit negara maju," katanya.
Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.1650/1686 berbanding 3.1653/1682 sewaktu ditutup pada Rabu, meningkat berbanding euro kepada 4.9947/5.000 daripada 5.0114/0157 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7632/7694 daripada 5.7955/8005 semalam.
Pada masa sama, ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.
Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4271/4310 daripada 3.4348/4382 pada Rabu dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9695/9880 daripada 12.9891/13.0056 sebelumnya.
Ringgit menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 304.9/305.4 daripada 304.5/304.9 sewaktu ditutup pada Rabu dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.25/8.26 daripada 8.24/8.26 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.6890/6940 berbanding dolar AS daripada 4.6840/6880 sewaktu ditutup pada Rabu. - Gambar fail/Bernama

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.

Ringgit ditutup lebih teguh berbanding dolar AS, beberapa mata wang utama
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4200/4280 berbanding dolar AS daripada 4.4710/4750 ketika ditutup pada Khamis.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan penurunan dalam Indeks Dolar US (DXY), kata seorang penganalisis.

Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7535/7555 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7700/7750 pada Selasa.

Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.

Ringgit alami pemulihan teknikal, kembali mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7910/7950 berbanding dolar AS daripada 4.7945/7970 yang dicatatkan semalam.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, meningkat berbanding mata wang utama lain
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7750/7795 daripada paras penutup 4.7710/7800 pada Khamis.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7570/7645 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7655/7700 pada Selasa.

Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini meneruskan aliran menurun pada minggu lepas susulan kekurangan pemangkin baharu.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US pada Jumaat, diheret data indeks harga pengguna (IHP) yang menyederhana pada Oktober 2023, kata seorang penganalisis.