KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas pasaran pertukaran asing Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata prestasi ringgit yang turun naik itu adalah disebabkan oleh beberapa faktor termasuk jangkaan pasaran berkaitan penurunan kadar faedah AS.
Beliau berkata pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menurunkan kadar faedah sebanyak sekali atau dua kali pada tahun ini berbanding unjuran Fed sebanyak tiga kali. Prospek ini berbeza daripada jangkaan awal tahun ini sebanyak enam kali penurunan.
"Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS kekal tinggi pada 4.63 peratus, menambahkan lagi tekanan ke atas mata wang Asia," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan susut sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.0863/0887 daripada paras penutup 3.0852/0877 pada Isnin, turun berbanding pound Britain kepada 5.9067/9110 daripada 5.8938/8981 dan jatuh berbanding euro kepada 5.0944/0981 daripada 5.0859/0896 sebelumnya.
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara Asean lain kecuali baht Thai, apabila ia meningkat kepada 12.8887/9037 daripada 12.9044/9198.
Unit tempatan susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.5066/5095 daripada paras penutup 3.5041/5069 pada Isnin, turun berbanding peso Filipina kepada 8.31/8.3 daripada 8.29/8.31 dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 294.5/294.9 daripada 293.9/294.4.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara Asean lain kecuali baht Thai, apabila ia meningkat kepada 12.8887/9037 daripada 12.9044/9198. - Gambar fail/Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.