KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi mata wang serantau apabila dolar AS susut daripada paras tertingginya dalam tempoh tiga bulan.
Mata wang Asia juga disokong oleh jangkaan langkah-langkah ekonomi padu oleh China untuk menyokong pasaran sahamnya yang mencatatkan penurunan, kata para peniaga.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7570/7645 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7655/7700 pada Selasa.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit secara umumnya lemah berbanding dolar AS dalam dagangan hari ini dengan unit tempatan diniagakan pada paras RM4.7655 berbanding dolar AS pada sesi dagangan pagi.
Bagaimanapun, unit tempatan mencatatkan peningkatan menghala ke penghujung dagangan, katanya.
Beliau juga berkata Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) rendah daripada jangkaan dan turun sebanyak 0.1 peratus pada Disember disebabkan penurunan berterusan sektor pembuatan berorientasikan eksport.
"Ini bermakna permintaan luaran Malaysia kelihatannya mencabar pada suku akhir 2023. Selain itu, kebimbangan terhadap ekonomi China juga membawa kepada pengelakan risiko yang seterusnya menyebabkan ringgit lemah," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 3.2159/2212 daripada paras penutup 3.2050/2082 pada Selasa, susut berbanding pound Britain kepada 6.0095/0190 daripada 5.9769/9825 dan jatuh berbanding euro kepada 5.1233/1314 daripada 5.1124/1173.
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara Asean lain.
Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5415/5474 daripada 3.5397/5433 dan susut berbanding baht Thai kepada 13.3650/3917 daripada 13.3544/3726, jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 304.2/304.8 berbanding 302.9/303.3 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 8.50/8.52 daripada 8.48/8.49.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024

Mata wang Asia juga disokong oleh jangkaan langkah-langkah ekonomi padu oleh China untuk menyokong pasaran sahamnya yang mencatatkan penurunan. - Gambar fail/Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri dagangan pada minggu ini dengan ditutup rendah sedikit pada Jumaat berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan ketidakpastian dasar tarif AS.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan kebimbangan terhadap tarif
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, ditekan oleh sentimen risiko global yang lemah dan perkembangan berterusan dalam tarif Amerika Syarikat.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit adalah mata wang berprestasi terbaik pada 2024, meningkat 2.72 peratus berbanding mata wang AS.

Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.

Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.

Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.