KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini berikutan harapan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan terus mengambil langkah menghentikan seketika kenaikan kadar faedahnya.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7600/7645 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7800 pada Jumaat minggu lepas.
Seorang penganalisis berkata para pelabur bersiap sedia menunggu keputusan Fed dan beberapa mesyuarat bank pusat pada minggu ini termasuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).
Beliau berkata data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) utama terbaharu AS memberikan sedikit keyakinan bahawa kadar dana Fed akan dikekalkan pada 5.50 peratus.
Data PCE September susut kepada 3.7 peratus seperti yang dijangkakan daripada 3.8 peratus pada Ogos, membayangkan penurunan dalam tekanan inflasi.
Di dalam negara, para pelabur dijangka memantau rapat mesyuarat MPC terakhir pada tahun ini untuk mengukur prestasi ekonomi dan kadar dasar semalaman yang juga dijangka kekal pada paras semasa pada 3.00 peratus.
AmBank Research berkata ringgit bakal menerima sokongan kemudian nanti apabila Fed dijangka menurunkan kadar faedahnya pada pertengahan 2024.
"Kami mengekalkan unjuran Fed akan menurunkan kadar faedahnya pada pertengahan 2024, dan dengan prospek Fed akan mengurangkan kadar faedah lebih rendah dalam jangka sederhana, ringgit dijangka bakal mendapat sokongan," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1810/1842 daripada paras penutup 3.1827/1862 pada Jumaat minggu lepas, naik berbanding euro kepada 5.0375/0423 daripada 5.0438/0491 dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.7734/7789 daripada 5.7945/8005 sebelumnya.
Unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara Asean lain.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4841/4877 daripada 3.4867/4906 pada Jumaat minggu lepas dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.38 daripada 8.38/8.39.
Ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 299.5/299.9 daripada 299.5/300.0 dan turun berbanding baht Thai kepada 13.2351/2531 daripada 13.1808/2008.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
![Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671536812_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain. - Gambar fail/Bernama
![Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341803_FahmiFadzil.jpg)
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
![Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720340181_Meninggaldunia.jpg)
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
Taufan Beryl kategori satu dijangka membadai Texas
Bencana yang disebabkan Taufan Beryl tidak terhenti di negara kepulauan Carribean. Ia selepas hujan lebat turut melanda beberapa bahagian di Texas, Amerika Syarikat dan taufan kategori satu yang dijangka membawa ribut tropika akan melanda kawasan tersebut pada Isnin.
Perancis adakan pusingan kedua pengundian hari ini
Tinjauan pendapat meramalkan parti berhaluan kanan, National Rally (RN), bakal memperoleh undi terbanyak tetapi berkemungkinan tidak mencapai majoriti.
![Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red? Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720339988_Dira.jpg)
Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?
Dalam video itu, ibu empat anak itu turut meluahkan rasa malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan umat Islam supaya mengambil iktibar sifat sabar dan gigih Nabi Muhammad SAW ketika memperkenalkan sesuatu perkara baharu dengan memikirkan pendekatan strategik agar ia dapat disampaikan secara teran, jelas dan berkesan supaya dapat difahami serta diterima.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan penurunan dalam Indeks Dolar US (DXY), kata seorang penganalisis.
![Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7535/7555 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7700/7750 pada Selasa.
![Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
![Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
![Ringgit alami pemulihan teknikal, kembali mengukuh berbanding dolar AS Ringgit alami pemulihan teknikal, kembali mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710249071_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit alami pemulihan teknikal, kembali mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7910/7950 berbanding dolar AS daripada 4.7945/7970 yang dicatatkan semalam.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, meningkat berbanding mata wang utama lain Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, meningkat berbanding mata wang utama lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707175328_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, meningkat berbanding mata wang utama lain
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7750/7795 daripada paras penutup 4.7710/7800 pada Khamis.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707175328_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7570/7645 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7655/7700 pada Selasa.
![Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705320699_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini meneruskan aliran menurun pada minggu lepas susulan kekurangan pemangkin baharu.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699016800_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US pada Jumaat, diheret data indeks harga pengguna (IHP) yang menyederhana pada Oktober 2023, kata seorang penganalisis.
![Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671536812_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini berikutan harapan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan terus mengambil langkah menghentikan seketika kenaikan kadar faedahnya.