Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini berikutan minat belian baharu bagi unit tempatan, susulan berita mengenai keputusan AS untuk mengenakan tarif ke atas aluminium dan keluli terus kekal di pasaran, kata peniaga.
Pada 9 pagi, unit tempatan disebut pada 3.8990/9040 berbanding dolar US daripada 3.9050/9080 pada Isnin.
Ketua Perdagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes berkata selain itu, harga minyak yang lebih tinggi berikutan laporan mengenai penurunan inventori minyak mentah di kemudahan penyimpanan US Cushing Oklahoma, turut menyokong ringgit.
Penanda aras minyak mentah Brent diniagakan 0.32 peratus lebih tinggi kepada US$65.75 setong.
Di peringkat tempatan, Innes berkata Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan dasar kadar faedahnya yang stabil minggu ini, dengan keutamaan bank pusat kepada ringgit yang lebih kukuh sebagai elemen untuk mengetatkan keadaan monetari, dan ekonomi terus bertambah baik sepanjang 2018.
"Secara keseluruhannya, kenyataan BNM akan memberi manfaat kepada ekonomi dan menyokong pasaran bon.
"Bagaimanapun, berdasarkan mata wang semasa yang lemah di pasaran serantau, ia dijangka kurang menggalakkan," kata Innes.
BNM akan mengadakan Mesyuarat Dasar Monetarinya pada Rabu.
Sementara itu, unit tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9614/9654 daripada 2.9588/9617 pada Isnin dan merosot berbanding pound British kepada 5.4028/4106 daripada 5.3944/3001.
Ia turun berbanding euro kepada 4.8164/8238 daripada 4.8110/8162 dan lemah berbanding yen kepada 3.6679/6740 daripada 3.6983/6022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 06 2018

Pada 9 pagi, unit tempatan disebut pada 3.8990/9040 berbanding dolar US daripada 3.9050/9080 pada Isnin.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.

Kanada bimbang hasrat AS pertimbang kenakan semula tarif aluminium, keluli
Trudeau berkata dalam suasana persekitaran ekonomi yang sedang menghadapi tekanan, sangat penting untuk Kanada terus "mempunyai akses terhadap pasaran terpenting di dunia."

Australia dikecualikan dari tarif baharu yang diumumkan Trump
Australia mengesahkan negara itu dikecualikan dari tarif keluli dan aluminium yang diumumkan Amerika Syarikat pada Khamis.

Negara anggota WTO ada hak untuk pertikai isu tarif Amerika Syarikat
WTO berpegang pada pendirian bahawa pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tentang tarif keluli dan aluminium boleh mencetuskan peningkatan halangan kepada perdagangan di seluruh dunia

Penasihat ekonomi utama Presiden Donald Trump pula letak jawatan
Penasihat ekonomi utama Presiden Amerika Syarikat , Gary Cohn menjadi individu terbaharu berundur daripada pentadbiran Presiden Donald Trump.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini berikutan minat belian baharu bagi unit tempatan, susulan berita mengenai keputusan AS untuk mengenakan tarif ke atas aluminium dan keluli.

Kanada, Mexico tidak terlepas tarif baharu import besi, aluminium - Trump
Amerika Syarikat menegaskan Kanada dan Mexico tidak akan dikecualikan dari tarif baharu import besi dan aluminium yang diumumkan kelmarin.

Mahu elak cukai import AS, China mungkin cari rakan dagang baharu
Langkah terbaharu AS itu akan merosakkan mekanisme perdagangan pelbagai hala yang diunjurkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia, selain memberi kesan besar kepada perdagangan antarabangsa yang lain.

Trump ancam kenakan cukai atas kereta Eropah
Sebelum ini, EU berkata pihaknya akan bertindak balas terhadap eksport dari Amerika sekiranya Presiden Donald Trump meneruskan rancangannya mengenakan cukai import ke atas produk keluli dan aluminium.