Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini selepas mengukuh semalam berikutan pemulihan minat terhadap risiko global, kata seorang peniaga.
Pada 9.04 pagi ini, ringgit disebut pada 3.9780/9810 berbanding 3.9780/9820 sewaktu ditutup semalam.
Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata pasaran bon Malaysia mencatat perkembangan menggalakkan turut memberi kesan terhadap ringgit selepas susut sebelum ini.
"Namun, ia tidak mencetuskan minat secara ketara baik di peringkat tempatan serta asing. Memandangkan dagangan ringgit amat sensitif terhadap sentimen risiko global, kita menjangkakan bahawa dolar AS akan lebih rendah berbanding ringgit dengan sokongan hanya sekurang-kurangnya sewaktu sesi (dagangan) Asia," katanya.
Menurut Innes, walaupun kalangan peniaga maklum mengenai ikrar kerajaan memenuhi sasaran defisitnya, apa yang lebih diutamakan kalangan peniaga asing khususnya adalah sejauh mana tindakan itu mampu membuahkan hasil.
Selain itu, ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kelompok mata wang lain.
Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2860/2907 daripada 5.3059/3116 dan tinggi berbanding euro pada 4.6515/6562 daripada 4.6551/6505 pada Khamis.
Ia turut tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9720/9753 daripada 2.9749/9785 dan meningkat berbanding yen kepada 3.6512/6550 daripada 3.6542/6589, semalam. -- Bernama
Bernama
Fri Jun 01 2018
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kelompok mata wang lain. - REUTERS/Fail
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat semula pada Jumaat selepas mencatatkan kerugian baru-baru ini untuk ditutup lebih tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) minggu ini.
Ringgit ditutup tinggi susulan permintaan merosot terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada awal dagangan ekoran ketidaktentuan menjelang pilihan raya AS
Persaingan antara Kamala Harris dan Donald Trump, adalah sengit, membawa kepada ketidakpastian yang besar - keadaan yang tidak disukai oleh pasaran kewangan.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar US
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar US hari ini, menjelang pengumuman minit mesyuarat September, Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) malam ini.
Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS, pelabur tumpu pengurangan kadar faedah
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2845/2950 berbanding dolar AS, daripada 4.2850/2895 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah pada Khamis berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pengukuhan mata wang itu yang didorong oleh ketidaktentuan yang memuncak dalam geopolitik.
[EKSKLUSIF] Asas ekonomi kukuh, politik stabil dorong kekuatan ringgit - Gabenor BNM
Asas ekonomi yang terus mengukuh selain kestabilan politik tanah air mendorong pengukuhan nilai mata wang ringgit yang disaksikan ketika ini.
Ringgit susut diasak risiko geopolitik, namun kekal mata wang prestasi terbaik global
Ringgit muncul sebagai mata wang dengan prestasi terbaik global berbanding dolar AS bagi tempoh tiga bulan pada 2 Julai-2 Oktober 2024.