KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4595/4640 berbanding dolar AS daripada kadar penutup semalam 4.4565/4585.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata penunjuk Pesanan Barangan Tahan Lama Teras Amerika Syarikat yang mengukur perubahan dalam jumlah nilai pesanan baharu untuk barangan perkilangan tahan lama, tidak termasuk barangan pengangkutan, adalah lebih tinggi daripada jangkaan, sekali gus menandakan ekonomi AS adalah lebih kukuh daripada unjuran sebelumnya .

"Ekonomi yang panas boleh meningkatkan inflasi, senario yang menjadikan Rizab Persekutuan (Fed) lebih berkemungkinan menaikkan kadar faedah untuk mengawal kepantasan kenaikan harga, yang seterusnya akan meningkatkan mata wang negara itu.

"Dari sudut teknikal, gandingan USD/MYR baharu sahaja melepasi paras mendatar 4.4350 dan boleh meningkat kepada 4.4700 dalam beberapa hari akan datang, yang mana ia sepatutnya mencecah paras rintangan sementara," katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Berbanding yen Jepun, mata wang tempatan meningkat kepada 3.3392/3428 daripada 3.3397/3415 pada penutup Rabu, rendah berbanding pound Britain kepada 5.5614/5671 daripada 5.5573/5597 dan susut berbanding euro menjadi 4.9255/9305 daripada 4.9209/9231.

Begitu juga, mata wang tempatan diniagakan lebih rendah berbanding mata wang Asean.

Ringgit menyusut nilai berbanding rupiah Indonesia pada 300.5/301.0 daripada 300.3/300.6 semalam dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3397/3433 daripada 3.3387/3405.

Mata wang tempatan lemah pada 8.02/8.05 berbanding peso Filipina daripada penutup semalam pada 8.01/8.02 dan turun berbanding baht Thailand menjadi 13.0601/0798 daripada 13.0261/0365.

-- BERNAMA