KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, berikutan sentimen kukuh terhadap dolar AS terus menguasai pasaran mata wang, kata pakar ekonomi.
Pada 9.12 pagi, ringgit turun kepada 4.7195/7230 berbanding dolar AS daripada 4.7140/7185 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata yen Jepun dilihat menjadi laporan utama berita apabila dolar-yen melepasi paras 160 yen walaupun laporan Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi AS hanya akan dikeluarkan pada Jumaat.
"Mata wang utama lain seperti euro, pound British dan dolar Kanada juga rendah berbanding dolar AS, menjadikan Indeks Dolar AS (DXY) lebih tinggi kepada 106.052 mata.
"Nota Perbendaharaan AS berjangka 10 tahun itu juga kembali dengan hasil meningkat 8.0 mata asas kepada 4.33 peratus. Harga emas semasa susut di bawah US$2,300 setiap auns ekoran hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi," katanya kepada Bernama pada Khamis.
Sementara itu, ringgit kebanyakannya diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.9379/9403 daripada 2.9459/9489 ketika ditutup semalam, dan meningkat berbanding pound British kepada 5.9555/9600 daripada 5.9722/9779.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding euro kepada 5.0409/0446 daripada 5.0383/0431.
Unit tempatan mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.
Mata wang domesik kukuh berbanding baht Thailand kepada 12.7623/7766 daripada 12.8007/8185 ketika ditutup pada Rabu, dan stabil berbanding dolar Singapura kepada 3.4735/4764 daripada 3.4746/4782.
Ringgit lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 287.4/287.9 daripada 287.1/287.6 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.01/8.02.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Pada 9.12 pagi, ringgit turun kepada 4.7195/7230 berbanding dolar AS daripada 4.7140/7185 ketika ditutup pada Rabu. -Gambar fail/Bernama

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Ringgit ditutup rendah menjelang pengumuman data IHPR AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan mengenai perang perdagangan.

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain
Pada 8.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4150/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4300 ketika ditutup semalam.

Indeks dolar AS susut, ringgit terus mengukuh pada sesi awal
Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar AS dalam sesi urus niaga awal Rabu ketika DXY jatuh kepada 103.419 mata.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Ringgit dibuka kukuh didorong jangkaan tinggi terhadap penurunan kadar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan terus meningkat kepada 4.4085/4210 berbanding dolar AS daripada 4.4110/4145 pada Jumaat lepas.

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

Ringgit dibuka tinggi untuk hari kelima berturut-turut
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut berikutan ketidaktentuan mengenai dasar tarif AS.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit melonjak berbanding dolar AS susulan peningkatan minat risiko global
Pada 6 petang, unit tempatan mencatatkan peningkatan ketara kepada 4.4270/4320 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada Selasa.