KUALA LUMPUR: Platform pembayaran dan perbankan perniagaan terkemuka India, Razorpay mengumumkan pengembangan antarabangsa pertamanya dengan pengambilalihan pegangan majoriti dalam syarikat permulaan fintech Malaysia, Curlec.
Bagaimanapun, jumlah urus niaga itu tidak didedahkan.
Platform e-dagang berkembang pesat di Malaysia dengan anggaran saiz pasaran $21 bilion pada 2021 dan bersedia untuk terus berkembang kepada lebih $35 bilion menjelang 2025.
Pengambilalihan tersebut bakal membuka saluran baharu pengembangan perniagaan global untuk perniagaan dalam talian yang berpangkalan di India dan Malaysia.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Razorpay, Harshil Mathur berkata mereka teruja dengan kehadiran Curlec ke arah perkembangan di rantau Asia Tenggara.
"Dengan pengalaman luas dalam pasaran heterogen seperti India sejak tujuh tahun lalu, pengembangan ke pasaran pembayaran Asia Tenggara adalah tepat pada masanya bertepatan dengan penguasaan syarikat yang semakin meningkat dalam semua perkara pembayaran," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, Razorpay percaya dengan pengetahuan dan kepakaran Curlec tentang ekosistem pembayaran dan demografi Malaysia, akan menjadi rakan kongsi ideal untuk syarikat berkembang ke Malaysia.
Curlec yang diasaskan oleh Zac Liew dan Steve Kucia pada 2018 itu membina penyelesaian teknologi zaman baharu di atas infrastruktur pembayaran sedia ada, untuk memudahkan syarikat dan mengumpul pembayaran berulang serta mengawal aliran tunai mereka.
Syarikat tersebut pada masa ini bekerja dengan ratusan perniagaan di seluruh Malaysia dengan beberapa nama terkenal, termasuk AXA, Funding Societies, Axiata Digital dan lain-lain.
Ia pada mulanya disokong 500 pelabur global dan lain-lain, hasil tahunan syarikat telah berkembang hampir 5X sejak 2018.
Liew yang juga Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Curlec berkata, beliau menantikan fasa seterusnya dalam perjalanan mereka dan meluaskan bersama-sama di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara.
"Kami sangat teruja untuk bergabung pasukan dengan Harshil, (pengasas bersama Razorpay) Shashank Kumar dan pasukan Razorpay.
"Kami telah lama mengagumi apa yang mereka bina di India dan sejajar dengan visi bersama pembayaran dan penyelesaian perbankan untuk sebarang perniagaan," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Feb 09 2022

Pengasas bersama Harshil (kiri) menunjukkan sesuatu kepada Shashank. Razorpay umum pengambilalihan pegangan majoriti dalam syarikat permulaan fintech Malaysia, Curlec. -Dagang News

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Razorpay ambil alih syarikat fintech Malaysia, Curlec
Pengambilalihan akan mendedahkan saluran baharu bagi pengembangan perniagaan dalam talian yang berpangkalan di India dan Malaysia.