Rapid KL Monorail menyasar 26 juta penumpang menggunakan perkhidmatan itu menjelang akhir tahun ini bagi mencapai rancangan untuk enam tren mengandungi empat koc mengadakan perkhidmatan menjelang akhir tahun.
Ketua Pegawai Operasi Rapid KL Monorail, yang baru dilantik, Mohd Ariffin Idris berkata tren pertama dan kedua mengandungi empat koc sudah pun memulakan perkhidmatan sejak Disember tahun lepas.
"Tren ketiga empat koc dijadual memulakan perkhidmatan menjelang minggu depan. Kita sedang menunggu lampu hijau (kelulusan) daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
"Tren keempat akan memulakan perkhidmatan bulan depan," kata beliau pada sidang media di depot baharu monorail di Brickfields, di sini pada Sabtu.
Arrifin berkata tren kelima dan keenam mengandungi empat koc dijadual memulakan perkhidmatan menjelang suku akhir tahun ini.
"Dengan adanya tren empat koc yang berkapasiti lebih besar, Rapid KL Monorail dijangka boleh membawa lebih 70,000 penumpang sehari menjelang akhir tahun ini.
Tren baharu empat koc itu lebih aerodinamik berbanding tren (model sebelumnya) dan mempunyai skrin yang memaparkan maklumat dan destinasi. Ia akan menggantikan tren lama yang mengandungi dua koc, katanya.
"Projek pembesaran tren juga melibatkan menaik taraf semua 11 stesen monorail," kata beliau.
Dengan kapasiti maksimum 430 penumpang setiap tren berbanding 214 penumpang oleh tren mengandungi dua koc, ia boleh menampung lebih banyak penumpang dan penting semasa waktu puncak, katanya.
Dalam penstrukturan semula Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) bulan lepas, Ariffin, yang sebelum ini Ketua Penyelenggaraan bagi Prasarana Malaysia Bhd Laluan Ampang, menggantikan Abdul Hadi Amran yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi LRT Laluan Ampang.
Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd, ialah pengendali Rapid KL Monorail.
Bernama
Sun Jul 05 2015
![Rapid KL Monorail sasar 26 juta penumpang menjelang akhir tahun ini Rapid KL Monorail sasar 26 juta penumpang menjelang akhir tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436022832_KLMonorail.jpg)
Mohd Ariffin (tengah) menunjuk kepada kamera litar tertutup (CCTV) yang baru dipasang di dalam salah satu tren empat koc di depot baharu monorail di Brickfields pada Sabtu. - fotoBERNAMA
![Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723703023_DunNenggiriekope.jpg)
Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.
![Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723726414_TBRizkiJuniansyah.jpg)
Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan
Rizki Juniansyah, yang memenangi pingat emas dalam acara angkat berat 73kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 telah menerima tawaran pekerjaan daripada Kementerian Belia dan Sukan Indonesia.
![Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723726901_TBMissile.jpg)
Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine
Daerah itu mempunyai lebih 17,500 penduduk berdaftar sebelum Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Data CPI AS untuk Julai turun kepada 2.9 peratus pada asas tahunan berbanding tiga peratus pada Jun.
![Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000 Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syahrul Riza Md Yusof, 42, dan memerintahkannya dipenjara 21 bulan, jika gagal membayar denda.
![Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721994407_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.04 peratus atau 0.59 mata kepada 1,612.94 daripada 1,612.35 semasa ditutup pada Rabu.
Jemaah umrah terkandas di Lapangan Terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Puluhan penumpang Malaysia Airlines yang menuju ke Kuala Lumpur dari Jeddah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada Rabu.
![Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723722582_TBPaetongtarnShinaw.jpg)
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke 4 negara - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi tujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia, empat negara menjadi fokus pada tahun ini iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.
![Belanjawan 2021: MY30 jimatkan separuh kos pengguna harian pengangkutan awam Belanjawan 2021: MY30 jimatkan separuh kos pengguna harian pengangkutan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605774763_MRT.jpg)
Belanjawan 2021: MY30 jimatkan separuh kos pengguna harian pengangkutan awam
Inisiatif pas perjalanan tanpa had MY30 yang diperluaskan dalam Belanjawan 2021 dilihat amat memberi kesan positif kepada pengguna.
![Mudah tapi indah: Alunan Negaraku gamatkan rel, bas, feri Prasarana Mudah tapi indah: Alunan Negaraku gamatkan rel, bas, feri Prasarana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71567239384_TBPRASARANA.jpg)
Mudah tapi indah: Alunan Negaraku gamatkan rel, bas, feri Prasarana
Lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang tepat jam 12 tengah hari Sabtu di semua hab dan mod pengangkutannya di Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak dan Pahang.
![Tanah mendap di persimpangan Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi Tanah mendap di persimpangan Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/51404273099_295x200.jpg)
Tanah mendap di persimpangan Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi
Kesesakan dilaporkan mula berlaku di Jalan Imbi - Jalan Hang Tuah di ibu negara yang berpunca daripada mendapan tanah.
![Tambang LRT dan Monorel di Malaysia antara yang termurah di dunia Tambang LRT dan Monorel di Malaysia antara yang termurah di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81365759912_295x200.jpg)
Tambang LRT dan Monorel di Malaysia antara yang termurah di dunia
Malaysia adalah antara negara yang mempunyai harga tiket LRT dan Monorel yang terendah sekiranya dibandingkan dengan negara lain.
![Tambang LRT Monorail naik, orang ramai beri reaksi negatif Tambang LRT Monorail naik, orang ramai beri reaksi negatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/81386758159_295x200.jpg)
Tambang LRT Monorail naik, orang ramai beri reaksi negatif
Pengumuman kenaikan tambang LRT dan Monorail tahun hadapan telah mengundang pelbagai reaksi di media sosial.