Pengumuman Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar tentang kenaikan tambang LRT dan Monorail tahun hadapan telah mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Rata-rata dari mereka kurang berpuas hati dengan cadangan tersebut tambahan pula dengan kenaikkan tarif elektrik, harga barang dan minyak petrol yang berlaku baru-baru ini.










Di Facebook Astro AWANI pula dihujani dengan komen-komen yang turut tidak bersetuju dengan peningkatan tambang tersebut.

MrArtz Paz "Kasihan pelajar yang menaiki LRT "

Faresh Hafiz "Sepatutnya tambang semakin lama semakin turun sebab modal dan keuntungan dah lama dapat dan tercapai."

Rizal Rodzuan "Saya faham selepas PRU akan ada kenaikan harga barang, tapi tak sangka begitu banyak harga barang dan perkhidmatan naik"


Selain itu, tidak kurang juga ada yang mengharapkan agar kadar gaji dinaikkan seiring dengan pengumuman kenaikkan harga barang dan perkhidmatan.




Ada juga yang mahukan agar mutu perkhidmatan LRT dan Monorail diperbaiki sejajar dengan kenaikkan harga tambang.

Armadaramor Shi "Harap dengan kenaikan ini sesuai dengan perkhidmatan yang disediakan"

Fiza Azrin "Memang tunggu lama dah berita ini, servis kena terbaik la harapnya"

Noor Hafiza Bahrudin "Servis perlu perbaiki"

Azura Razak "Kalau dah naik tu, silalah perbaiki mutu perkhidmatan jangan asyik tren 'delayed'".


Menurut Syed Hamid Albar, semakan semula terbabit akan mengambil kira beberapa faktor agar kenaikan itu tidak membebankan pengguna.