Ranhill Utilities Berhad mencatatkan prestasi berterusan untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2020, dengan keuntungan selepas cukai (PAT) RM18.2 juta, sedikit lebih rendah daripada RM21.3 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Ranhill, Tan Sri Hamdan Mohamad berkata, walaupun melalui persekitaran mencabar akibat COVID-19 global, penghasilan pendapatan yang berterusan dilihat sebagai petanda positif untuk syarikat.
"Ketahanan kami disokong oleh perniagaan teras di sektor alam sekitar dan kuasa, yang memungkinkan kami beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), " katanya dalam satu kenyataan media.
Walaupun wabak berkenaan menunjukkan tanda-tanda semakin pulih di Malaysia dan PKP Bersyarat membolehkan aktiviti perniagaan disambung semula, syarikat tetap fokus pada pengurusan perniagaan secara berhemah untuk memastikan aliran tunai terus stabil.
Untuk tujuan ini, Ranhill terus mencari peluang untuk memperluas operasi bekalan airnya di Malaysia, berdasarkan model 'Asset-Light' dan pencapaiannya dalam mengendalikan perkhidmatan bekalan air di Johor selama lebih dari 20 tahun, sejak tahun 1999.
"Walaupun dalam keadaan sukar sekarang, kami optimis ada prospek jangka panjang yang kuat.
"Dengan pengoperasian yang semakin baik di dalam negeri dan di luar negara serta rancangan pengembangan strategik, syarikat bersedia untuk terus memanfaatkan peluang yang akan datang,” kata Hamdan.
Astro Awani
Wed May 20 2020
Penghasilan pendapatan yang berterusan dilihat sebagai petanda positif untuk syarikat.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
KLTA dalam proses wujud garis panduan standard pelancongan menjelang TMM 2026
KLTA sedang dalam proses mewujudkan garis panduan mengenai standard pelancongan bagi pemain industri sektor itu dalam menguruskan aktiviti perniagaan mereka menjelang TMM 2026.
Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor
PBT di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.
JMG belum terima permohonan ulasan teknikal restoran dalam gua batu kapur
JMG tidak menerima sebarang permohonan daripada pengusaha perniagaan atau PBT untuk mengulas apsek teknikal terhadap cadangan atau aktiviti perniagaan di sebuah gua batu kapur di Gombak, Selangor.
MACEOS perkenal inisiatif kelestarian strategik jadikan Malaysia destinasi acara perniagaan utama dunia
MACEOS menyasar untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi acara perniagaan utama di dunia dengan memperkenalkan beberapa inisiatif kelestarian strategik bagi menyokong agenda Sifar Bersih karbon.
HKN'23 catat prospek perniagaan sebanyak RM46.9 juta
HKN'23 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Julai lepas di SICC, Kota Kinabalu telah berjaya mencatatkan prospek perniagaan sebanyak RM46.9 juta melalui 44 sesi padanan perniagaan.
Produktiviti buruh catat pertumbuhan 2.1 peratus suku pertama 2023
Produktiviti buruh Malaysia yang dinyatakan sebagai nilai ditambah per jam bekerja mencatatkan pertumbuhan 2.1 peratus pada suku pertama (S1) 2023.
Pasar Masjid Tanah, pasar raya ditutup untuk sanitasi
Ia ditutup hingga 8 Ogos depan selepas terdapat ahli keluarga salah seorang peniaga barangan borong disahkan positif COVID-19.
PKPD: Perniagaan dan perkhidmatan perlu dibenar beroperasi - KPDNHEP
Aktiviti perniagaan di bawah sektor perdagangan pengedaran yang melibatkan barang keperluan asas dan perkhidmatan perlu, dibenarkan beroperasi di kawasan PKPD.
Judi Sungai Buloh: Rombakan dalaman diputuskan selepas siasatan selesai - KPN
Beliau berkata pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu berlaku adil dan menyiasat terlebih dahulu dakwaan salah laku pegawai dan anggota IPD Sungai Buloh berhubung isu perjudian itu.
Langgar PKPB: 29 pengunjung pub didenda RM1,000 setiap seorang
Kesemua mereka yang berumur antara 19 dan 36 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar.