KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) telah memberikan penarafan akhir AAA (s)/Stabil kepada cadangan Nota Jangka Panjang Sederhana Islam (Sukuk Wakalah) bernilai RM6 bilion Sarawak Petchem Sdn Bhd.
Firma penarafan itu dalam satu kenyataan pada Isnin menjelaskan bahawa ia telah menyemak semua dokumen transaksi yang berkaitan dan mendapati ia selaras dengan jangkaannya apabila penarafan awal diberikan.
''Penarafan yang dipertingkatkan ini mencerminkan jaminan yang tidak boleh ditarik balik serta tanpa syarat yang diberikan oleh pemegang saham syarikat iaitu Permodalan Satok Bhd dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) pada asas bersama dan beberapa ketetapan lain.
''Kekuatan kredit penanggung yang mantap, SEDC telah mengukuhkan penarafan berkenaan,'' kata RAM Ratings, sambil menambah penarafan itu juga didasarkan kepada peranan pentingnya dalam mempromosikan perkembangan ekonomi, perindustrian dan sosial di negeri ini.
Sebaik sahaja lojinya siap serta ditauliahkan, Sarawak Petchem dijangka menjadi penyumbang utama kepada pendapatan SEDC dan Permodalan Satok, cabang pelaburan Yayasan Hartanah Bumiputera Sarawak.
Profil kreditnya yang tidak bergantung pada mana-mana pihak, bagaimanapun, disederhanakan oleh pendedahan risiko pembinaan yang besar memandangkan sifat medan baharu projek itu selain diburukkan lagi dengan gangguan pandemik.
''Beberapa bahagian kontrak dengan kontraktornya, yang dinilaikan dalam mata wang asing, mendedahkan Sarawak Petchem kepada pergerakan pertukaran asing.
''Syarikat tetap terdedah kepada turun naik harga metanol, walaupun adanya perjanjian dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), serta risiko yang berkaitan dengan satu projek dan output,'' tambahnya.
Di samping itu, imbangan akaun Sarawak Petchem yang sangat berleveraj juga dilihat sebagai negatif kredit.
Agensi penarafan itu berkata dengan sebahagian besar pembiayaan untuk pembinaan yang dijana melalui pinjaman, penggearan syarikat akan memuncak pada lebih empat kali dalam tempoh pembinaan disebabkan oleh pendapatan tertahan negatif sebelum berkurangan kepada 1.70 kali hingga 3.10 kali ganda dalam tempoh lima tahun selepas penyiapan loji.
Dari segi imbangan, perlindungan hutang aliran tunai operasi Sarawak Petchem diunjurkan berada pada tahap pertengahan menjelang tahun kewangan 2025, tahun penuh pertama operasi loji, sebelum bertambah baik sebanyak 0.20 kali ganda kepada 0.30 kali dalam tempoh lima tahun berikutnya.
''Senario sensitif kami mengandaikan, antara faktor lain, harga metanol tidak berubah sebanyak US$315 satu tan (secara rekod, purata 10 tahun: US$390 satu tan), menunjukkan nisbah perlindungan perkhidmatan kewangan minimum dan purata yang kukuh, selepas pengagihan, dengan tunai, masing-masing sebanyak 1.45 kali dan 1.76 kali, pada operasi tahun penuh pertama loji,'' kata RAM Ratings.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022

RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) telah memberikan penarafan akhir AAA (s)/Stabil kepada cadangan Nota Jangka Panjang Sederhana Islam (Sukuk Wakalah) bernilai RM6 bilion Sarawak Petchem Sdn Bhd.

Gaji lewat dipercayai punca pekerja kilang merusuh
Dalam kejadian jam 12.05 tengah hari itu berlaku pertelingkahan antara sekumpulan pekerja dengan dua penyelia kilang tersebut.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia. #AWANInews
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam. #AWANInews
Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pilihan Raja Charles III
Lagu Anta Permana yang diluncurkan pada tahun 2018 membuat kemunculan pada minit ke-43 dalam 17 senarai lagu yang dipilih sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel. #AWANI745 #AWANInews

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 2,655 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini.

Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan
Kubur bayi itu telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

ACLE: JDT tidak bernasib baik - TMJ
Usai tamat cabaran JDT, Tunku Ismail, meluahkan pencapaian yang cukup membangga ini menerusi laman X.

Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R).

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Zii Jia tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka melonjak pada 2024 - RAM Ratings
RAM Rating percaya terdapat peningkatan ke atas bagi ekonomi pada 2024, walaupun prestasi suku keempat 2023 meningkat pada 3.0 peratus.

RAM Ratings beri penarafan AAA(s)/Stabil ke atas sukuk wakalah Sarawak Petchem
Sarawak Petchem dijangka menjadi penyumbang utama kepada pendapatan SEDC dan Permodalan Satok.