Rajasthan, negeri terbesar di India tetapi memiliki hanya satu peratus daripada sumber air negara itu, mempelawa syarikat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pelbagai projek infrastruktur air.
Ketua Menterinya Vasundhara Raje Scindia berkata Kerajaan Pusat mempunyai rancangan untuk membina terusan sepanjang 850 km dari Gujarat ke Rajasthan dan menggunakan air laut untuk mengatasi masalah air di negeri ini yang terkenal dengan hamparan padang pasirnya.
"Kami mahu menyalur masuk air laut untuk desalinasi, dan kami juga merancang untuk membina empangan besar. Air adalah masalah utama bagi kami ... jadi syarikat Malaysia yang mempunyai kepakaran boleh menyertai projek-projek besar ini," kata ketua menteri wanita itu.
Beliau memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan delegasi Malaysia yang menghadiri "Taklimat dan Perbincangan Mengenai Projek dan Peluang-peluang Pelaburan di Rajasthan" di sini hari ini bahawa tepi terusan akan dibina lebuh raya dan landasan kereta api.
Vasundhare, yang memegang tampok kuasa pada 2013, juga berkata Rajasthan, yang terkenal di seluruh dunia melalui produk pelancongan seperti tarikan semula jadi, tapak sejarah yang unggul dan taman negeri, menawarkan peluang-peluang pelaburan lain yang menarik kepada pelabur Malaysia.
Antara projek utama yang ditawarkan ialah pembinaan jalan dan lebuh raya, empat bandar pintar, perumahan mampu milik, perlombongan dan pengangkutan.
Pada masa ini, beberapa projek jalan dan lebuh raya bernilai beberapa bilion Dolar US sedang dibincangkan dengan pihak Malaysia, katanya.
Vasundhara baru-baru ini mengumumkan kerja-kerja bagi pembinaan jalan baharu sepanjang 5,000 km dan lebuh raya negeri sepanjang 1,000 km.
Najib, yang berada di sini sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi enam hari ke India, memberitahu mesyuarat bahawa beberapa syarikat Malaysia sedang membida bagi projek jalan negeri di Rajasthan meliputi lebih 3,000 km.
Mengenai pelancongan, Vasundhara menyatakan ia merupakan satu daripada sumber pendapatan terbesar bagi negeri ini sambil menambah mereka memberi fokus kepada pelancongan perubatan dan merancang untuk membina padang golf untuk menarik lebih ramai pelancong asing. -- Bernama
Bernama
Sun Apr 02 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, disambut Ketua Menteri Rajasthan Vasundhara Raje (kanan) sejurus tiba di Taj Rambagh hari ini. - Foto Bernama
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat 'tinjauan' di masjid bersejarah di India
Polis berkata 'tinjauan' dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Kaum India harap isu pemilikan ekuiti, pendidikan dan penyertaan sektor awam diberi tumpuan
Kesavan berkata meskipun terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam Belanjawan 2025, masyarakat India tetap menerima manfaat ketara.
India uji peluru berpandu hipersonik jarak jauh
India telah melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak jauh pertamanya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan persenjataannya.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Sekolah rendah di Delhi ditutup susulan pencemaran udara semakin kritikal
Ibu negara India pada Khamis mengumumkan penutupan sekolah rendah apabila tahap pencemaran udara mencapai paras berbahaya dengan bermulanya musim sejuk.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
ACT Wanita: Malaysian Tigress mula langkah kiri di India
Gawang negara bocor pada minit kelapan apabila Sangita Kumari memanfaatkan pukulan sudut penalti untuk meletakkan juara bertahan di depan 1-0.
Permohonan Malaysia sertai BRICS dapat sokongan padu anggotanya, termasuk India, China - PM
Permohonan Malaysia untuk menjadi anggota BRICS mendapat sokongan padu daripada kalangan anggotanya termasuk Rusia, China dan India semasa mesyuarat lapan negara asas BRICS.
India ambil tindakan bendung penyebaran ugutan bom palsu di media sosial
Kerajaan India mengarahkan platform media sosial untuk mencegah penyebaran ugutan bom palsu.
India bimbang dengan perkembangan di Asia Barat
India berkata ia sangat bimbang terhadap peningkatan konflik di Asia Barat dan kesannya terhadap keamanan dan kestabilan di rantau itu dan sekitarnya.