Anak syarikat Putrajaya Perdana Bhd, Putra Perdana Construction Sdn Bhd (PPC) telah berjaya meraih kontrak sebanyak RM408 juta bagi membina sebuah pangsapuri servis 17 tingkat untuk Sime Darby Ara Damansara Development Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif Goh Ceah Chuang berkata projek 'Cantara Residences' itu, dijangka siap menjelang Mei 2019, akan menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan syarikat.
"Dengan kontrak RM408 juta ini dan dengan tempahan dalam tangan semasa, kami yakin akan dapat mengekalkan prestasi positif bagi kumpulan untuk tahun kewangan yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Projek di Ara Damansara itu, yang merangkumi kawasan seluas 288.14 hektar tanah tersebut mengandungi 756 pangsapuri servis.
Sebanyak sembilan tingkat lagi, yang mengandungi 108 unit pangsapuri servis akan dibina di atas podium yang berada di aras enam.
Projek 'Cantara Residences' yang terbaharu ini membawakan jumlah nilai projek-projek yang diperolehi PPC pada 2016 kepada lebih kurang RM765 juta.
Sehingga 31 Disember 2016, tempahan dalam tangan dan tender terkumpul PPC, masing-masing adalah sebanyak kira-kira RM1.25 bilion dan RM1.93 bilion.
PPC sekarang ini sedang mengemukakan tender bagi kontrak bernilai kira-kira RM6 bilion.
Lain-lain projek yang ditender dan dimenangi oleh PPC dalam 2016 termasuk '28 Boulevard' yang bernilai RM370 juta, dibangunkan oleh Best Boulevard Sdn Bhd dan Dermaga 300m Westport CT8 yang dimiliki oleh Westports Malaysia Bhd dengan harga RM126.5 juta. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2016
Projek 'Cantara Residences' yang terbaharu ini membawakan jumlah nilai projek-projek yang diperolehi PPC pada 2016 kepada lebih kurang RM765 juta. - Gambar fail
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
PRN Sarawak: Tanjong Datu bakal menyaksikan saingan empat penjuru
Ia melibatkan calon GPS Azizul Annuar Adenan, PBK Goem Pijar, PSB Jeryin Fauzi, dan calon Abdul Talib Baee.
PRN Sarawak: DUN Tellian bakal menyaksikan saingan empat penjuru
Arwin Lim menjadi calon terawal tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) bersama seorang penyokong dan pencadang.
PRN Sarawak: Calon SUPP tiba dua jam awal di PPC Dewan Suarah Sibu
Dijangka empat lagi calon parti akan tampil hari ini untuk mendaftarkan pencalonan mereka bagi DUN Bawang Assan.
Jadi pengunjung bertanggungjawab, tingkah laku anda diperhati mata-mata halus PCC
Pengunjung Putrajaya diberi ingatan supaya menjaga tingkah laku dan patuh pada prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Putra Perdana Construction dapat kontrak bernilai RM408 juta
Anak syarikat Putrajaya Perdana Bhd, Putra Perdana Construction Sdn Bhd (PPC) telah berjaya meraih kontrak sebanyak RM408 juta bagi membina sebuah pangsapuri servis 17 tingkat untuk Sime Darby Ara Da