Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)meluluskan pembiayaan melebihi RM2.5 bilion kepada 8,745 usahawan Bumiputera dengan melibatkan 6,171 syarikat sejak penubuhannya pada 1991 sehingga 31 Jan, 2017.
Pengerusi, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM522.43 juta diluluskan kepada 2,835 usahawan wanita atau 32.4 peratus melibatkan 2,130 syarikat.
"Daripada penggubal dasar iaitu kerajaan, hingga ke peringkat pelaksana dasar seperti PUNB, masing-masing memainkan peranan penting dalam meningkatkan kedudukan wanita dalam bidang keusahawanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Prospernita Zon Selatan 2017 di sini, hari ini.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri merasmikan program itu.
Mohd Ali berkata di Melaka, PUNB telah membangunkan 104 usahawan wanita daripada 84 syarikat dengan nilai keseluruhan pembiayaan diluluskan sebanyak RM16.30 juta dalam pelbagai industri dan perniagaan.
Empat bidang perniagaan yang mendapat pembiayaan tertinggi bagi kategori usahawan wanita di Melaka ialah pakaian, tekstil dan aksesori sebanyak 19 peratus; makanan dan minuman (9.5 peratus), farmasi (9.5 peratus) dan pendidikan (8.3 peratus), katanya.
Beliau berkata, selain menawarkan pembiayaan perniagaan, PUNB turut melaksanakan pelbagai program untuk memperkasakan dan meningkatkan ekonomi usahawan wanita di negara ini termasuk menerusi Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-Kit), Inkubator Kemahiran Usahawan Wanita (I-KeuNita), Pembangunan Kemahiran dan Latihan Keusahawaan (BEST) dan Prospernita.
Sokongan korporat terhadap aspek pemantauan perniagaan, latihan dan pembangunan usahawan, jaringan perniagaan, promosi dan publisiti turut ditawarkan bagi memastikan perniagaan usahawan wanita di bawah PUNB terus kukuh, katanya.
"Justeru itu, saya menggesa golongan usahawan wanita di negara ini agar dapat memanfaatkan segala kemudahan, pembiayaan dan latihan yang disediakan untuk memperluaskan jaringan perniagaan mereka di peringkat yang lebih tinggi," katanya.
Program Prospernita, yang membawa tema 'Bertahan atau Tidak - Mengurus Cabaran Perniagan di Ekonomi Terbuka' kali ini, bertujuan mengetengahkan usahawan wanita PUNB dan menarik lebih ramai penglibatan wanita ke dalam sektor perniagaan dan korporat. -- Bernama
Bernama
Sun Mar 05 2017

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) bersama penerima pembiayaan perniagaan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) selepas perasmian Program Prospernita Zon Selatan 2017 hari ini. - Foto Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Tun Mohd Ali ziarah keluarga, mangsa
Mohd Ali meluangkan masa kira-kira satu jam setengah untuk bertemu ahli keluarga dan mangsa kemalangan.

Mohd Ali junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas perkenan pelantikan YDP Melaka
Tun Mohd Ali Rustam menjunjung kasih dan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan melantik beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka.

Melaka umum 24 Ogos cuti peristiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri
Kerajaan Melaka umum 24 Ogos depan sebagai cuti persitiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah SAM-100PLUS 2023
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2023.

Yang Dipertua Negeri Melaka terima jersi skuad Harimau Malaya
Ia sebagai tanda penghargaan FAM kepada Mohd Ali yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap bola sepak negara.

Ali Rustam dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif WKF
Pemilihan itu dibuat pada sesi pleno menjelang Kejohanan Kadet, Remaja dan Bawah 21 (B-21) Dunia di Konya, Turkiye.

Pemilik akaun Twitter muat naik video berkaitan TYT Melaka dibebaskan
Pemilik akaun Twitter menggunakan nama Jay Jay Denis, yang ditahan berkaitan hantaran video dimuat naik di media sosial berkenaan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, dibebaskan semalam.

Ab Rauf nafi kepimpinan UMNO Melaka bakal bertukar
ADUN Tanjung Bidara itu berkata tiada isu yang timbul berkaitan kepimpinan UMNO negeri, ketika ini.

Acryl Sani dahului 58 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka
Acryl Sani dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri pada istiadat penganugerahan di Kompleks Seri Negeri di sini.

Kerajaan Melaka tumbang: Calon Ketua Menteri di bawah bidang kuasa TYT - Adly Zahari
Pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu terletak di bawah bidang kuasa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.