KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2023 yang dijadual berlangsung Khamis ini.
Naib Presiden SAM Mohd Hazreen Mubarak berkata pemilihan Mohd Ali yang pernah menerajui Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) dan Persatuan Silat Malaysia (PESAKA) itu sebagai pengiktirafan kepada sumbangannya dalam sukan seni mempertahankan diri.
"Penglibatan Mohd Ali dalam arena sukan tidak dapat disangkal. Ia dapat dibuktikan dengan kejayaan kepimpinannya berjaya memacu MAKAF dan PESAKA lebih dikenali di peringkat antarabangsa," katanya dalam kenyataan SAM hari ini.
Sepanjang memimpin MAKAF, pelbagai kejayaan diraih skuad karate negara yang sinonim dengan julukan 'lubuk emas' di beberapa temasya sukan seperti Sukan SEA dan Sukan Asia selain pernah meraih pencapaian terbaik satu perak dan satu gangsa di Kejohanan Dunia Persekutuan Karate Dunia (WKF) 2014 di Jerman.
Kepimpinan Mohd Ali tidak terhad di peringkat kebangsaan, malah turut mendapat pengiktirafan peringkat dunia apabila beliau diangkat sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif WKF.
Selain MAKAF, PESAKA juga tidak ketinggalan mendapat sentuhan ajaib daripada beliau yang pernah mengemudi persatuan itu selama 20 tahun.
Dalam pada itu, SAM memaklumkan Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) dipilih sebagai penerima anugerah Persatuan Sukan Dinamik Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2023.
"Pemilihan MTBC adalah berdasarkan pencapaian membanggakan serta komitmen persatuan untuk melahirkan bakat-bakat baharu dalam sukan tenpin boling sekali gus memastikan boling terus menuai emas di pentas antarabangsa.
"Kegigihan MTBC memperhebat pencarian bakat muda juga menjadi faktor kesinambungan rentak kejayaan Malaysia," katanya.
Selain mengiktiraf atlet cemerlang serta mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun 2023, turut diraikan pada Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2023 adalah wartawan sukan yang berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM50,000.
Anugerah dibahagi kepada enam kategori - Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.
Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori kewartawanan sukan akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel dengan hadiah wang tunai RM7,000 berserta trofi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Pemilihan Mohd Ali yang pernah menerajui MAKAF dan PESAKA itu sebagai pengiktirafan kepada sumbangannya dalam sukan seni mempertahankan diri. - Foto FB Mohd Ali Rustam
Penganggur mengaku tak bersalah pandu melulu
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat atas pertuduhan memandu kereta secara berbahaya, yang boleh menyebabkan kematian dalam kejadian langgar lari membabitkan dua kenderaan pada Januari lepas.
Rogol pembantu klinik, doktor minta dibicarakan
: Seorang Dr mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii
Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima
Temu bual bersama Pensyarah Klinikal Pakar Bedah Mulut, Dr Nor Azura Ahmad Tarmidzi mengenai program USIM Living Lab di Jalan Belia, Chow Kit Kuala Lumpur.
Rampasan terbesar dalam sejarah, syabu RM1.06 bilion ke Australia tumpas
Malaysia merekodkan rampasan terbesar dalam sejarah selepas 33.2 tan methamphetamine bernilai RM1.06 bilion dirampas di West Port, Pelabuhan Klang, Selangor pada 25 Januari lalu.
USIM datang bawa kepakaran kepada golongan memerlukan
Temu bual bersama Pengerusi Food For Gelandangan, Noor Arjuna Abdul Ghani dan Ketua Komunikasi WTCKL mengenai program Infaq Kasih dan USIM Living Lab di Jalan Belia, Chow Kit Kuala Lumpur.
RM2.243 bilion untuk tebatan banjir, muara sungai di Terengganu
Sebanyak RM2.243 bilion diperuntukkan untuk pelbagai projek tebatan banjir dan pemuliharaan sungai serta hakisan pantai di Terengganu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jumlah mangsa di Johor melebihi 12,000 orang
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada lebih 12,000 orang setakat malam tadi, dengan Batu Pahat menjadi daerah terbaru yang terjejas dengan bencana itu.
Kerajaan salur RM50.61 bantu mangsa di Johor
Kerajaan Persekutuan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan dana sebanyak RM50.61 juta untuk membantu mangsa banjir di Johor.

Lapangan Terbang Heathrow London kekal ditutup sehingga tengah malam Jumaat
Lapangan Terbang Heathrow London kekal ditutup sehingga tengah malam Jumaat susulan "gangguan bekalan elektrik yang serius" akibat kebakaran di sebuah pencawang elektrik berhampiran.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Mac 2025.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Tun Mohd Ali ziarah keluarga, mangsa
Mohd Ali meluangkan masa kira-kira satu jam setengah untuk bertemu ahli keluarga dan mangsa kemalangan.

Mohd Ali junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas perkenan pelantikan YDP Melaka
Tun Mohd Ali Rustam menjunjung kasih dan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan melantik beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka.

Melaka umum 24 Ogos cuti peristiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri
Kerajaan Melaka umum 24 Ogos depan sebagai cuti persitiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah SAM-100PLUS 2023
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2023.

Yang Dipertua Negeri Melaka terima jersi skuad Harimau Malaya
Ia sebagai tanda penghargaan FAM kepada Mohd Ali yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap bola sepak negara.

Ali Rustam dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif WKF
Pemilihan itu dibuat pada sesi pleno menjelang Kejohanan Kadet, Remaja dan Bawah 21 (B-21) Dunia di Konya, Turkiye.

Pemilik akaun Twitter muat naik video berkaitan TYT Melaka dibebaskan
Pemilik akaun Twitter menggunakan nama Jay Jay Denis, yang ditahan berkaitan hantaran video dimuat naik di media sosial berkenaan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, dibebaskan semalam.

Ab Rauf nafi kepimpinan UMNO Melaka bakal bertukar
ADUN Tanjung Bidara itu berkata tiada isu yang timbul berkaitan kepimpinan UMNO negeri, ketika ini.

Acryl Sani dahului 58 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka
Acryl Sani dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri pada istiadat penganugerahan di Kompleks Seri Negeri di sini.

Kerajaan Melaka tumbang: Calon Ketua Menteri di bawah bidang kuasa TYT - Adly Zahari
Pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu terletak di bawah bidang kuasa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.