KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd telah melancarkan model sedan kompak S70 dan menyasarkan penjualan lebih 3,000 unit sebulan bagi tahun pertama.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dr Li Chunrong berkata S70 turbo 1.5 liter didatangkan dalam empat varian iaitu eksekutif, premium, flagship dan flagship X.
Harga bagi model eksekutif bermula daripada RM73,800, premium daripada RM79,800, flagship daripada RM89,800 dan flagship X daripada RM94,800.
"Segmen-C S70 pada harga kompetitif dan menawarkan lebih banyak ruang, ciri dan teknologi terkini.
"Strategi kami adalah untuk meraih lebih banyak volum memandangkan kami perlu menyokong pekerja dan ekosistem kami," katanya kepada pemberita selepas pelancaran S70 oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini hari ini.
Setakat ini model S70 telah menerima kira-kira 1,200 tempahan yang akan diserahkan pada awal tahun depan, dengan varian premium dan flagship paling menerima sambutan.
Beliau berkata varian lain juga akan mendapat permintaan berikutan harga yang kompetitif dan menjangkakan sekurang-kurangnya 5,000 tempahan menjelang akhir tahun ini.
Berhubung pengembangan ke pasaran Asean, Li berkata Thailand dan Indonesia mempunyai saiz pasaran yang luas, tetapi turut berdaya saing dari segi penembusan.
"Sehubungan itu, Proton akan turut meninjau pasaran di luar Asean," katanya.
Timbalan CEO Proton Roslan Abdullah berkata pada masa ini pengeluar kereta nasional itu mengeksport ke 15 negara antaranya Afrika Selatan, Pakistan, Kenya dan Brunei.
"Kami sedang meneroka lebih banyak negara untuk eksport seperti Asia Tengah, dan berhasrat menambah sekurang-kurangnya lima negara lagi bagi pasaran eksport kami.
Roslan berkata volum eksport masih rendah iaitu kira-kira 2,500 unit tahun ini berikutan penyusutan permintaan dari Pakistan akibat kelembapan ekonomi.
Pakistan pada mulanya memaklumkan untuk mengimport kira-kira 10,000 unit pada 2023, katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul dalam ucapannya berkata S70 membolehkan Proton untuk kembali ke pasaran sedan kompak segmen-C selepas mencatat kejayaan bagi model kenderaan utiliti sukan.
Beliau berkata Malaysia adalah satu-satunya negara di Asean yang mempunyai dua pengeluar peralatan tulen (OEM) dalam negara.
"Setakat akhir Oktober, jumlah volum industri (TIV) kita telah meningkat sebanyak 11.6 peratus berbanding 2022. Dengan tempoh berbaki lebih sebulan sahaja lagi untuk tahun ini, kami berada di landasan untuk melepasi rekod volum sepanjang masa yang ditetapkan pada tahun lepas.
"Saya juga sedia maklum bahawa Proton menjadi antara pengeksport utama kenderaan di Malaysia. Walaupun jumlahnya agak kecil, permintaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri kepada Proton adalah untuk melihat pengembangan yang pesat susulan pengenalan model baharu seperti S70," katanya.
Tengku Zafrul berkata industri automotif Malaysia telah menyumbang lebih RM30 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan output pengeluaran tahunan melebihi 500,000 kenderaan.
"Jika kita melihat industri ini dalam konteks seluruh ekosistemnya, sumbangan industri adalah lebih besar, menyumbang kira-kira 4.0 peratus daripada KDNK Malaysia. Menjelang 2030, sasaran kami untuk mencapai RM104.2 bilion dari segi sumbangan KDNK dengan jumlah pengeluaran 1.47 juta unit kenderaan.
"Kami berhasrat supaya angka ini sebahagiannya disumbangkan oleh kenderaan cekap tenaga," katanya.
Tengku Zafrul juga menegaskan bahawa strategi meluas Malaysia adalah bagi memanfaatkan prospek pertumbuhan kenderaan elektrik (EV).
Pasaran EV Asean bernilai hampir US$500 juta pada 2021 dan diunjurkan mencapai US$2.7 bilion menjelang 2027, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) hampir 33 peratus daripada 2022 hingga 2027.
"Saya gembira apabila mendapat tahu Proton sedang memuktamadkan teknologi EV, dan sesuatu yang mengujakan akan tiba tidak lama lagi.
"Ini sangat memberi manfaat apabila kerajaan menunjukkan komitmen sepenuhnya untuk menyokong ekosistem EV yang teguh di negara ini dan menjadikan mobiliti hijau sebagai sebahagian daripada pengangkutan utama kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
![Proton lancar sedan S70, sasar jualan bulanan lebih 3,000 unit Proton lancar sedan S70, sasar jualan bulanan lebih 3,000 unit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701188989_Protonlancarsedan.jpg)
Proton Holdings Bhd telah melancarkan model sedan kompak S70 dan menyasarkan penjualan lebih 3,000 unit sebulan bagi tahun pertama. - Foto Sinar Harian
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738920896_SaaraniMohamad.jpg)
Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.
![Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738916631_tbSaaraniMohamad.jpg)
Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.
![Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736779500_GuaMusangLelakiM.jpg)
Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.
![Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723715937_TBProtonjpg.jpg)
Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.
![Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735894225_PolisLogo.jpg)
Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.
![Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723715937_TBProtonjpg.jpg)
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
![Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000 Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729923372_ZhangQiang.jpg)
Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.
![Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688197361_keretaelektrik.jpg)
Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).
![Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688534448_ProtonX.jpg)
Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.
![Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024 Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725091807_eMAS.jpg)
Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.