SHAH ALAM: Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) telah memperkenalkan Proton Saga 2022, versi yang ditambah baik terbaharu bagi model klasik jenama itu hari ini.
Dikuasakan oleh enjin 1.3 liter empat silinder 16 injap DOHC VVT, Proton Saga 2022 tersedia dalam empat varian, iaitu Standard MT, Standard AT, Premium AT dan Premium S AT.
Model yang dikemas kini itu juga menawarkan komponen dalaman dan luaran serta kecekapan bahan api yang dipertingkatkan dengan bantuan ciri-ciri seperti indikator Eco Drive Assist (Bantuan Pemanduan Ekonomi) yang menunjukkan kepada pemandu tentang kecekapan pemanduan mereka.
"Selama hampir empat dekad, Proton Saga telah menjadi kenderaan pilihan ramai rakyat Malaysia dan pembeli di luar negara, dan kami berbangga untuk meneruskan legasinya dan menandakan permulaan perjalanan baharu dengan Proton Saga 2022.
"Dengan lebih 1.9 juta unit terjual di lebih 28 pasaran di seluruh dunia, kami yakin nama Saga akan terus berkembang maju untuk beberapa tahun lagi," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah pada pelancaran model itu hari ini.
Beliau juga menyatakan bahawa di sebalik pandemik, Proton Saga 2019 mencatat jualan sebanyak 123,512 unit dalam tempoh 32 bulan, dari Ogos 2019 hingga April 2022.
Proton Saga 2022 baharu dilengkapi dengan dua beg udara SRS standard, serta Brek Anti-Kekunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan sistem Bantuan Brek (BA).
Kesemua varian transmisi automatik turut dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) untuk membantu mengekalkan kawalan dalam keadaan jalan yang licin, manakala ciri Bantuan Pegun Bukit (HHA) membolehkan pemandu bergerak dengan yakin tanpa bimbang mengundur ke belakang ketika berhenti di kawasan berbukit.
Terdapat juga kamera mengundur yang dipasangkan di penderia belakang dan penderia hadapan yang berfungsi untuk memudahkan pergerakan ketika meletak kereta di ruang yang sempit.
Proton Saga 2022 boleh didapati dalam lima warna iaitu Snow White, Armor Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon dan Ruby Red.
Harga tanpa insurans bermula daripada RM34,400 hingga RM44,300, sah sehingga 30 Jun 2022 dengan pengecualian cukai jualan.
Proton Saga 2022 kini boleh ditempah secara dalam talian dan juga di bilik pameran Proton yang sah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022
Proton Saga 2022 boleh didapati dalam lima warna iaitu Snow White, Armor Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon dan Ruby Red. - Gambar/ Bernama
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris
Megat Shahriman berkata, walaupun tiga atlet berjaya melepasi masa kelayakan minimum, Malaysia hanya memperoleh dua slot automatik.
Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.
Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang
Terdapat jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi mungkin dapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
Parti pimpinan Imran Khan diharamkan di Pakistan
Tehreek E-Insaf (PTI) iaitu parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjara, Imran Khan diharamkan oleh kerajaan negara itu. Keputusan itu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat, Ataullah Tarar pada isnin.
KP Sharma Oli angkat sumpah sebagai PM Nepal
Khadga Prasad Sharma Oli, pengerusi Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) (CPN-UML), mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Nepal yang baharu pada Isnin. Beliau yang berusia 72 tahun melaksanakan ikrar di hadapan Presiden Ram Chandra Poudel, sekali gus menjadikan beliau empat kali memegang jawatan itu sepanjang penglibatannya dalam politik Nepal.
Keputusan Speaker: Kuasa speaker tidak diperjelas - Penganalisis
Kelompangan yang sangat jelas ketika ini ialah akta tersebut tidak menjelaskan dengan jelas bahawa kuasa speaker adalah secara pentadbiran sahaja dan bukan bertindak sebagai hakim.
Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB
UNRWA berkata pemindahan sisa perang di Gaza akan memerlukan lebih daripada 100 lori dan kos melebihi AS$500 juta.
Proton lancar Proton Saga 2022
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) telah memperkenalkan Proton Saga 2022, versi yang ditambah baik terbaharu bagi model klasik jenama itu hari ini.