Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) telah menaik taraf 79 daripada cawangan pengedarnya kepada status 3S dan 4S antara Januari dan Mei 2018.
Kira-kira 72 peratus daripada sasarannya untuk menaik taraf 109 cawangan di seluruh negara menjelang Oktober ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Li Chunrong dalam satu kenyataan berkata dengan penaikan taraf itu syarikat tersebut yakin dapat menyediakan pengalaman jualan dan servis yang terbaik kepada pelanggannya.
"Kami mendapat rangsangan daripada hakikat yang kami mendapat sokongan pelabur baharu yang sanggup menyahut cabaran menjadi pengedar Proton. Ini membuktikan kami masih mempunyai penguasaan jenama dalam pasaran," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Jualan dan Pemasarannya Abdul Rashid Musa berkata kepuasan pelanggan merupakan bahagian yang penting dalam memastikan kemampanan perniagaan.
"Atas alasan ini, saya menggalakkan para pengedar untuk menaik taraf cawangan mereka kepada 3S dan 4S agar kita boleh berkembang bersama-sama dalam perniagaan dan meraih manfaat daripadanya beransur-ansur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 25 2018
Proton bakal naik taraf lagi 109 cawangan pengedar kepada status 3S dan 4S menjelang Oktober ini.- Foto BERNAMA
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proton: Harga tanpa SST bagi Oktober ini
Proton turut menawarkan tambahan promosi iaitu rebat untuk model terpilih sepanjang tempoh ini.
Proton tingkat penguasaan pasaran pada September
Proton berkata, peningkatan keseluruhan penguasaan pasaran menunjuk ke arah jualan Proton yang terus meningkat pada September berbanding pesaing utamanya.
Harga Proton dijangka meningkat selepas SST
Abdul Rashid berkata semua kenderaan Proton masih boleh ditempah memandangkan stok masih mencukupi untuk memenuhi permintaan dalam tempoh peralihan sistem percukaian itu.
Proton bakal naik taraf 109 cawangan pengedar kepada status 3S dan 4S
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) bakal naik taraf 108 lagi cawangan pengedar kepada status 3S dan 4S menjelang Oktober ini.