KUALA LUMPUR: Bersedia untuk menjadi hab gaya hidup dan hiburan popular di Simpang Ampat, Pulau Pinang, Iconic Point yang dibangunkan Iconic Worldwide Berhad (IWB) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada pembelinya.
Projek pembangunan bercampur itu yang dilanggan sepenuhnya, adalah projek komersial pertama di Simpang Ampat yang menawarkan pejabat kedai berkembar dan separa-berkembar dengan lif tersendiri secara bersama.
Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM127.81 juta, Iconic Point adalah projek usaha sama 65:35 antara Iconic Maison Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh IWB dengan Iconic Development Sdn Bhd, anak syarikat Iconic Group.
Iconic Point merentasi tanah seluas 8.7 ekar dan mempunyai 49 pejabat kedai pegangan bebas, dengan keluasan binaan 4,350 kaki persegi untuk pejabat kedai berkembar tiga tingkat dan pejabat kedai berkembar seluas 5,556 kaki persegi. Unit-unit ini dilengkapi dengan lif tersendiri secara bersama.
Pengarah Urusan IWB, Datuk Seri Tan Kean Tet berkata, mereka berbesar hati untuk mewujudkan hab gaya hidup baharu di Simpang Ampat.
Beliau berkata, mereka telah berjaya menerima maklum balas positif daripada cawangan jenama antarabangsa di Iconic Point seperti The Coffee Bean & Tea Leaf, McDonald’s, Starbucks, Family Mart, CU Mart, ZUS Coffee, Secret Recipe dan Watsons.
“Dengan pelbagai pilihan jenama makanan dan minuman (F&B) terkenal dan kemudahan lain, ini adalah nilai seumpamanya yang kami ingin suntikan kepada Simpang Ampat kerana belum ada pembangunan komersial seperti Iconic Point di kawasan itu.
"Pembangunan ini juga menampilkan hotel butik empat tingkat di hujung lingkaran Iconic Point di mana seseorang boleh memilih untuk berehat dengan selesa ketika kekal berada dalam persekitaran dengan pelbagai kemudahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tan berkata, mewujudkan hab komersil sedemikian amat sesuai dengan permintaan yang semakin meningkat khususnya untuk ruang gaya hidup kontemporari di kawasan itu.
“Sentiasa menjadi aspirasi kami untuk muncul penggerak pertama dalam membawa pengalaman gaya hidup baharu ke Simpang Ampat, dan saya optimis Iconic Point akan menjadi mercu tanda penting dan menjadi salah satu pemacu utama dalam membawa kerancakan dan akhirnya kepada pertumbuhan landskap hartanah kawasan itu,” katanya.
Iconic Point terletak di lokasi strategik berhampiran persimpangan Jalan Permatang Tinggi dan Jalan Bukit Tambun, tidak jauh dari Lebuhraya Utara-Selatan. Pembangunan ini juga terletak tidak jauh dari KTM Simpang Ampat dan berdekatan dengan kawasan perumahan.
Kumpulan itu juga dalam perancangan membangunkan projek rumah mampu milik baharu di Alma, Seberang Perai, Pulau Pinang, yang dijangka dilancarkan pada suku keempat 2022. Projek mampu milik itu melibatkan 751 unit rumah mampu milik dan 16 unit pejabat kedai dengan GDV bernilai RM220 juta. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Sep 01 2022

Iconic Point terletak di lokasi strategik berhampiran persimpangan Jalan Permatang Tinggi dan Jalan Bukit Tambun, tidak jauh dari Lebuhraya Utara-Selatan. - Foto DagangNews

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tragedi ulang-alik beri makan kucing, warga emas maut kemalangan
Seorang warga emas maut dalam kemalangan selepas pulang ke rumah untuk memberi kucing dan ayamnya makan di persimpangan lampu isyarat Simpang Ampat.

Suami isteri hasilkan minuman segera bercampur dadah ditahan
Polis menahan lelaki berusia 40 tahun dan isterinya 31 tahun serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM214,776 di rumah teres dua tingkat didiami pasangan tersebut.

Banjir kilat landa Taman Sungai Duri, 70 keluarga dipindahkan
Mangsa terlibat dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir (PPB) di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Widuri, Simpang Ampat.