GEORGE TOWN: Prestasi kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih kukuh dengan baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir 2022 berjumlah RM1.859 bilion berbanding RM2.117 bilion pada akhir 2021.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri serta Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2022, sebanyak 2,420 projek telah dirancang untuk dilaksanakan pada 2022 dan daripada jumlah itu, 2,332 projek iaitu 96.4 peratus telah siap sepenuhnya.
Dalam pada itu, hutang awam kerajaan negeri yang terdiri daripada hutang kepada kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pembangunan menunjukkan baki berjumlah RM41.11 juta pada akhir 2022 berbanding RM45.41 juta (2021) iaitu menurun sebanyak RM4.30 juta (9.5 peratus).
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata laporan itu menyatakan bahawa penurunan hutang adalah disebabkan oleh tiada pinjaman baharu diambil dan pembayaran balik pinjaman telah dibuat mengikut jadual.
"Malah, saya turut dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencatatkan rekod tiada pinjaman baharu daripada kerajaan Persekutuan yang dibuat sejak 2016," katanya.
Selain itu, katanya Pulau Pinang masih mengekalkan pengurusan kewangan yang berintegriti apabila menerima Sijil Bersih iaitu Sijil Pendapat Tanpa Teguran (Dengan Perenggan Hal-Hal Lain) daripada Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan 2022.
Beliau berkata pengiktirafan yang diterima pada hari ini sekali gus membuktikan bahawa kerajaan negeri berjaya mengekalkan pengiktirafan Sijil Bersih Ketua Audit Negara seperti tahun-tahun sebelumnya.
"Mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sekalung penghargaan diucapkan kepada Ketua Audit Negara dan Jabatan Audit Negara Negeri Pulau Pinang atas pensijilan Ketua Audit Negara 2022.
"Serentak itu, ribuan terima kasih diucapkan juga kepada komitmen penuh semua agensi negeri dan juga Persekutuan dalam merealisasikan pengiktirafan diterima. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan ini akan terus berusaha mencari hasil baharu dalam memantapkan lagi prestasi pembangunan negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
![Prestasi kewangan Kerajaan Pulau Pinang masih kukuh Prestasi kewangan Kerajaan Pulau Pinang masih kukuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696916841_komtar.jpg)
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata laporan itu menyatakan bahawa penurunan hutang adalah disebabkan oleh tiada pinjaman baharu diambil dan pembayaran balik pinjaman telah dibuat mengikut jadual. - Gambar fail
![Polis buru individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh Polis buru individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739069570_tbhimpunanmogoklap.jpg)
Polis buru individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
![Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739067935_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
![Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738846397_DatukHusseinOmarK.jpg)
Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Julai 2024.
![Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718955416_KhairyJamaluddin.jpg)
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
![Isu HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu Isu HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700042191_SPRMMDBrasuah.jpg)
Isu HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu
Seramai 10 individu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi membantu siasatan isu tadbir urus HRD Corp.
![Penggunaan paip AC punca NRW tinggi - PETRA Penggunaan paip AC punca NRW tinggi - PETRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710741021_AkmalNasrullah.jpg)
Penggunaan paip AC punca NRW tinggi - PETRA
Kadar air tidak terhasil (NRW) yang tinggi secara dasarnya disebabkan oleh paip terutamanya jenis simen asbestos (AC) yang dipasang 30 hingga 50 tahun lepas telah menjangkaui jangka hayat.
![Tiada peningkatan kos ketara bagi pembinaan projek RTS Link - MoF Tiada peningkatan kos ketara bagi pembinaan projek RTS Link - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720599000_TBLIMHUIYINGjpg.jpg)
Tiada peningkatan kos ketara bagi pembinaan projek RTS Link - MoF
Kerajaan menjangkakan tiada sebarang peningkatan kos yang ketara bagi projek infrastruktur Rapid Transit System Link (RTS Link) sehingga tamat tempoh pembinaannya.
![SPRM bawa keluar 3 kotak berisi dokumen dari pejabat HRD Corp SPRM bawa keluar 3 kotak berisi dokumen dari pejabat HRD Corp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720521847_SPRMHRDCorp.jpg)
SPRM bawa keluar 3 kotak berisi dokumen dari pejabat HRD Corp
Sepasukan anggota dan pegawai SPRM tersebut dilihat membawa bersama tiga buah kotak dipercayai berisi dokumen berkaitan HRD Corp yang dikaitkan dengan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Fadillah akan jumpa KKDW selesai isu bekalan air luar bandar Sarawak, Sabah Fadillah akan jumpa KKDW selesai isu bekalan air luar bandar Sarawak, Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720269759_FadillahYusof.jpg)
Fadillah akan jumpa KKDW selesai isu bekalan air luar bandar Sarawak, Sabah
Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi membincangkan isu projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sarawak dan Sabah.
![Isu HRD Corp: SPRM teliti jika ada elemen rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa Isu HRD Corp: SPRM teliti jika ada elemen rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720177907_tbSPRM.jpg)
Isu HRD Corp: SPRM teliti jika ada elemen rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti keseluruhan dokumen diserahkan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) hari ini berhubung isu membabitkan HRD Corp.