Untung selepas cukai (PAT) Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) mencecah RM310 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
Dalam kenyataan, FGV merekodkan hasil RM15.67 bilion bagi tahun kewangan sama berbanding RM15.26 bilion tahun sebelumnya, peningkatan 3 peratus susulan volum jualan minyak sawit mentah (MSM) lebih tinggi.
Suku keempat pula ia merekodkan PAT RM157 juta berbanding RM20 juta suku sebelumnya.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, penurunan keuntungan disumbang harga MSM lebih rendah dan ketidaktentuan nilai ringgit.
Harga MSM jatuh 8 peratus dari RM2410 satu tan pada 2014 kepada RM2210 satu tan pada 2015, sementara nilai Dolar AS mengukuh 20 peratus berbanding ringgit.
“Prestasi keseluruhan tahun lepas sebahagian besar dipengaruhi pergerakkan harga minyak sawit global selepas segmen huluan menyumbang 75 peratus terhadap hasil kumpulan,” Kata Emir dalam satu kenyataan.
Tambah beliau peserta industri menjangkakan cabaran berterusan bagi 2016 susulan ketidaktentuan harga MSM.
FGV meramalkan MSM didagang sekitar RM2200 ke RM2400 satu tan tahun ini.
“Kami kekal komited dengan pelan transformasi kami dan mengukuhkan prestasi dalam waktu mencabar.
“Kami secara agresif meneruskan aktiviti tanaman semula kami sejak empat tahun lepas, mengoptimumkan kos kumpulan, dan mengembangkan aktiviti hiliran untuk mengurangkan kebergantungan kepada perniagaan huluan,” katanya.
Pengumuman prestasi kewangan ini dilakukan selepas pengumuman anak syarikat Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd (FGVD) yang bakal mengambilalih 55 peratus pegangan dalam Zhong Ling Nutri-Oil Goldings Limited bernilai RM976.3 juta.
Najib Aroff
Mon Feb 29 2016

FGV kekal komited dengan pelan transformasi kami dan mengukuhkan prestasi dalam waktu mencabar.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Larangan eksport minyak sawit Indonesia dijangka bertahan sebulan akibat isu penyimpanan, logistik
CGS-CIMB Research menjangkakan, syarikat perladangan Malaysia akan mencatatkan pendapatan yang lebih baik untuk Q1FY22.

Harga minyak sawit mentah lepasi RM8,000 satu tan
Harga pembukaan MSM Mac 2022 ialah RM7,365 satu tan, manakala harga bida dan tanya masing-masing RM8,068 dan RM8,100.

Kerajaan tetapkan harga runcit maksimum minyak masak
Kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Demi RM2,000, segelintir nelayan sanggup perjudi nyawa bantu sindiket seludup dadah
Mereka memainkan peranan meninjau pergerakan pihak berkuasa sebelum membawa ahli sindiket mengambil dan membawa masuk dadah menggunakan bot apabila mendapati keadaan sesuai.

4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri positif COVID-19 direman
Kesemua suspek berusia 26 hingga 31 tahun terbabit direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negeri Sembilan terlibat kemalangan motosikal berkuasa tinggi
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop mengalami kecederaan patah di bahu kiri selepas terlibat dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Bentong, Pahang petang tadi.

Seringgit sebaldi, penduduk bantu bersih tumpahan minyak CPO di Kampung Air
Kejadian tumpahan minyak sawit mentah (CPO) di Kampung Air, membawa rezeki kepada penduduk apabila mereka dibayar untuk membantu membersihkan tumpahan minyak berkenaan.

Untung bersih Sime Darby Plantation jatuh 70 peratus
Kejatuhan itu disumbang kemerosotan dalam pendapatan akibat kejatuhan purata harga minyak sawit mentah dan minyak isi rung.

Boustead catat untung lebih RM1 bilion
Boustead raih Untung Sebelum Cukai (PBT) tertinggi berjumlah RM1.1 bil bagi tahun kewangan 2017

Prestasi kewangan FGV masih positif disebalik kelemahan harga minyak sawit mentah
Untung selepas cukai (PAT) Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) mencecah RM310 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.