KUALA LUMPUR: Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan Malaysia dijangka kekal konsisten dengan aliran PMI global, mengambil kira perkembangan industri pembuatan yang pelbagai dan tidak menentu, kata PublicInvest Research.
Dalam nota penyelidikan Economic Update firma itu, ia menyatakan bahawa kebimbangan itu berasaskan kepada faktor yang mempengaruhi industri kepada risiko penurunan yang ketara.
Faktor ini termasuk tekanan inflasi, yang pada masa ini berada pada tahap tinggi, kesan kadar faedah yang berterusan dan konflik geopolitik yang berterusan.
"Oleh itu, kami mengunjurkan bahawa PMI Malaysia akan terus merosot di bawah paras 50 mata, berlanjutan sekurang-kurangnya hingga suku ketiga 2023.
"Bagaimanapun, unjuran kami menunjukkan bahawa industri pembuatan secara keseluruhan masih akan mengalami pengembangan 4.4 peratus yang membanggakan pada 2023," katanya.
Menurut nota penyelidikannya, ia berkata sentimen perniagaan yang lemah akan terus menambah tekanan ke bawah terhadap ringgit, di samping perbincangan berkaitan had hutang AS dan kemungkinan lanjutan kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.
"Bagaimanapun, kami menjangkakan penyusutan nilai semasa ringgit hanya sementara dan mata wang itu akan kembali pulih sebaik sahaja isu fiskal dan monetari di AS selesai.
"Pemulihan semula angka PMI pembuatan Jepun dan China serta keyakinan berterusan terhadap ekonomi India mungkin meningkatkan permintaan perdagangan serantau di Asia yang akan memberi manfaat kepada Asean dan Malaysia," kata MIDF Research.
Data PMI kilang di Jepun dan China melantun semula ke haluan pengembangan, masing-masing pada 50.6 dan 50.9 pada Mei 2023.
Firma penyelidikan itu menjangkakan perdagangan luar Malaysia akan menyusut sedikit pada separuh kedua 2023, manakala ringgit akan meningkat.
Dalam pada itu, permintaan domestik di Malaysia dijangkakan kekal berdaya tahan dalam keadaan tekanan inflasi yang lebih lemah, pasaran buruh yang bertambah baik, pemulihan aktiviti pelancongan dan dasar ekonomi yang menyokong.
Walau bagaimanapun, masa penghantaran daripada pembekal bertambah baik dan dipendekkan. Sentimen itu diserlahkan sebagai yang terendah sejak Jun 2022.
Dalam kalangan negara serantau, corak penguncupan angka PMI pembuatan di Taiwan (44.3), Vietnam (45.3) dan Korea Selatan (48.5).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023

Sebuah firma penyelidikan menjangkakan perdagangan luar Malaysia akan menyusut sedikit pada separuh kedua 2023, manakala ringgit akan meningkat. - Gambar hiasan/FreeImages.com

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Apple labur US$500 bilion di AS dalam tempoh empat tahun di sebalik ancaman tarif Trump
Rancangan ini merangkumi pembinaan kilang di Texas, menggandakan Dana Pembuatan Termaju AS, penubuhan akademi pembuatan, mempercepatkan pelaburan AI dan kejuruteraan silikon.

1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.

Reka bentuk lestari perlu jadi agenda utama industri pembuatan - Tengku Zafrul
Fokus utama kerajaan bagi 2024 adalah merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara dengan memberi keutamaan mendorong pelaburan.

Industri pembinaan perlu terap teknologi digital, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Fadillah
Selain dapat memperkasa kontraktor tempatan, langkah itu secara tidak langsung dapat menutup jurang produktiviti untuk kekal berdaya saing.

PMI Malaysia dijangka kekal konsisten seiring trend PMI global - Firma Penyelidikan
Firma itu menyatakan bahawa kebimbangan itu berasaskan kepada faktor yang mempengaruhi industri kepada risiko penurunan yang ketara.