Tun Dr Mahathr Mohamad menyangkal dakwaan kononnya hasil pendapatan negara akan merosot sekiranya kutipan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus yang diperkenalkan pada 2015, dihapuskan.
Perdana Menteri berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana kekurangan dana dalam kerajaan sekarang bukan disebabkan kekurangan hasil sumber pendapatan negara tetapi akibat salah guna dan pembaziran wang kerajaan.
Dr Mahathir, yang memimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan baharu selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), berkata pendapatan negara sekarang meningkat tiga kali ganda daripada masa pentadbiran beliau.
Tahun lepas, kerajaan mengutip GST sejumlah RM42 bilion.
"Tetapi wang itu disalahgunakan, diguna untuk membeli sokongan bagi (bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak. Inilah yang menyebabkan kita kekurangan wang," katanya dalam sesi penerangan kepada RTM dan Bernama di kediamannya, di Seri Kembangan, dekat sini, hari ini.
Selepas bersara selama 15 tahun, Dr Mahathir kembali semula menerajui pentadbiran negara.
Sebelumini, pemimpin berusia 92 tahun itu menjadi perdana menteri keempat dari 1981 hingga 2003.
Dr Mahathir berkata beliau yakin dengan pengurusan kewangan kerajaan yang cekap dan efisien, negara akan mempunyai dana yang cukup untuk menguruskan perbelanjaan negara.
Sebagai salah satu langkah penjimatan, katanya, kerajaan juga boleh mengurangkan perbelanjaan negara dengan menghentikan atau melewatkan pelaksanaan projek-projek yang tidak penting.
Selain itu, Dr Mahathir turut menekankan mengenai kepentingan meningkatkan daya beli pengguna berbanding pengumuman kenaikan gaji penjawat awam.
"Kalau kita naikkan gaji tetapi harga barang naik kerana kenaikan gaji, orang yang dapat gaji lebih ini tidak lebih mewah daripada dahulu, tidak boleh beli lebih banyak daripada dahulu. Oleh sebab itu, tiap-tiap kali nak dinaikkan gaji, kita nak tengok apa kesannya terhadap kos," katanya.
Bagi menangani peningkatan kos sara hidup, kerajaan PH dalam manifesto PRU14 berjanji untuk menghapuskan GST dan memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Mengenai mekanisme penetapan harga mingguan petrol dan diesel sejak Mac 2017, Dr Mahathir berkata buat masa ini kaedah itu akan diteruskan sehingga hasil kajian mekanisme baharu dilaksanakan.
"Kita kaji mekanisme untuk menentukan harga minyak sama ada ia berkaitan dengan harga pasaran dunia atau berkaitan dengan produktiviti kita," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun May 13 2018
Menurut Dr Mahathir, kekurangan dana dalam kerajaan sekarang bukan disebabkan kekurangan hasil sumber pendapatan negara tetapi akibat salah guna dan pembaziran wang kerajaan. - Gambar hiasan
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
Pelaksanaan semula GST perlu secara bersasar - Bekas Ketua Pengarah Kastam
GST seharusnya diasingkan masing-masing kepada cukai barang dengan kadar lima peratus dan cukai perkhidmatan tujuh peratus.
LHDN akan semak semula sasaran kutipan cukai bagi tahun 2020
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menyemak semula sasaran kutipan cukai bagi tahun 2020.
RM24.7 bilion tunggakan GST, cukai pendapatan dilunaskan
Lim Guan Eng berkata bayaran itu dibuat daripada dividen khas yang diterima daripada Petronas seperti diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2019.
Mungkin... saya silap - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan kekesalannya apabila tidak membuat kenyataan akhbar khusus sebaik GST dilaksanakan pada 2015 akan menyebabkan harga semua kereta turun.
Tiada kehilangan wang bayaran balik kutipan GST - Irwan Siregar
Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah hari ini menafikan dakwaan berlakunya kehilangan wang kira-kira RM18 bilion untuk tuntutan balik GST.
Syarikat berdaftar GST akan dipindahkan kepada SST mulai Rabu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia dijangka memindahkan syarikat yang berdaftar di bawah rejim GST kepada SST mulai esok.
RUU mansuh GST, laksana SST dibentang hari ini
Kedua-dua RUU tersebut tersebut dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Dr Md Farid Md Rafik bersekali dengan tiga lagi RUU yang lain.
GST kadar sifar akan hasilkan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh - RAM Rating
RAM Rating menjangka sektor runcit menjadi antara penerima manfaat utama.
Merungkai kekeliruan GST
Penjelasan Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Mohd Yusof Saari, dalam merungkai kekeliruan yang dihadapi oleh rakyat mengenai GST dan SST.
Ketidakjelasan arahan baharu mengenai GST sifar
Ketika perniagaan runcit menikmati tempoh tanpa cukai itu, ada pihak mendakwa tidak mendapat arahan yang jelas mengenai tindakan yang perlu diambil seterusnya.