Jabatan Kastam Diraja Malaysia dijangka memindahkan syarikat yang berdaftar di bawah rejim Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai esok dan akan memaklumkan kepada mereka melalui e-mel.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, jabatan itu telah mengenal pasti antara 70,000 dan 80,000 syarikat pembuatan yang akan disenaraikan di bawah SST 2.0, daripada 472,000 syarikat yang disenaraikan semasa rejim GST pada kadar enam peratus.
"Semasa proses pelaksanaan GST, selain pengilang, pemborong dan peruncit juga perlu mendaftar dengan sistem cukai tersebut.
"Bagaimanapun, dengan peralihan kepada sistem cukai SST ini, hanya pengilang dan penyedia perkhidmatan yang mempunyai nilai ambang RM500,000 setahun akan dikenakan cukai itu," katanya kepada pemberita pada taklimat 'SST Reborn! Transition from GST to SST' di sini pada Selasa.
Program itu dianjurkan oleh Salihin Consulting Group Sdn Bhd dan Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia.
Subromaniam berkata setakat ini, jabatan itu telah melatih kira-kira 5,000 pengeluar dan akan lebih giat sebelum cukai itu dilaksanakan pada 1 September, tahun ini.
Kementerian Kewangan pada Selasa membentangkan Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan 2018 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat di sini.
BACA: Isu SST: Jangan sabotaj pelaksanaan dasar negara - Guan Eng
Beliau berkata untuk memastikan peralihan yang lancar daripada GST kepada SST, jabatan itu perlu melaksanakan program bimbingan walaupun sebelum rang undang-undang itu diluluskan.
Katanya jabatan itu juga akan memuat naik 6,400 barangan yang akan dicadangkan untuk cukai jualan pada minggu depan.
Mengenai penalti kepada yang gagal membayar cukai, beliau berkata ia telah "ditambah baik".
"Dahulu, jika disabit kesalahan, hukuman yang dikenakan adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Katanya kini, pihak yang pertama kali membuat kesalahan itu akan didenda antara 10 hingga 20 kali jumlah cukai atau sehingga lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
"Bagaimanapun, jika kesalahan biasa, jangan bimbang, kami bukan jenis cengkam orang," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Jul 31 2018

Subromaniam berkata, Jabatan Kastam telah mengenal pasti antara 70,000 dan 80,000 syarikat pembuatan yang akan disenaraikan di bawah SST 2.0. - BERNAMA/Fail
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Pelaksanaan semula GST perlu secara bersasar - Bekas Ketua Pengarah Kastam
GST seharusnya diasingkan masing-masing kepada cukai barang dengan kadar lima peratus dan cukai perkhidmatan tujuh peratus.

LHDN akan semak semula sasaran kutipan cukai bagi tahun 2020
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menyemak semula sasaran kutipan cukai bagi tahun 2020.

RM24.7 bilion tunggakan GST, cukai pendapatan dilunaskan
Lim Guan Eng berkata bayaran itu dibuat daripada dividen khas yang diterima daripada Petronas seperti diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2019.

Mungkin... saya silap - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan kekesalannya apabila tidak membuat kenyataan akhbar khusus sebaik GST dilaksanakan pada 2015 akan menyebabkan harga semua kereta turun.

Tiada kehilangan wang bayaran balik kutipan GST - Irwan Siregar
Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah hari ini menafikan dakwaan berlakunya kehilangan wang kira-kira RM18 bilion untuk tuntutan balik GST.

Syarikat berdaftar GST akan dipindahkan kepada SST mulai Rabu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia dijangka memindahkan syarikat yang berdaftar di bawah rejim GST kepada SST mulai esok.

RUU mansuh GST, laksana SST dibentang hari ini
Kedua-dua RUU tersebut tersebut dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Dr Md Farid Md Rafik bersekali dengan tiga lagi RUU yang lain.

GST kadar sifar akan hasilkan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh - RAM Rating
RAM Rating menjangka sektor runcit menjadi antara penerima manfaat utama.

Merungkai kekeliruan GST
Penjelasan Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Mohd Yusof Saari, dalam merungkai kekeliruan yang dihadapi oleh rakyat mengenai GST dan SST.

Ketidakjelasan arahan baharu mengenai GST sifar
Ketika perniagaan runcit menikmati tempoh tanpa cukai itu, ada pihak mendakwa tidak mendapat arahan yang jelas mengenai tindakan yang perlu diambil seterusnya.