Datuk Seri Najib Tun Razak banyak membantu menyelamatkan perusahaan Proton walaupun tidak pernah terlibat dengan isu-isu lampau kereta nasional itu, tetapi atas prinsip tanggungjawab, beliau campurtangan, kata Pengarah Urusan Kumpulan DRB HICOM Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar.
"Kita tidak boleh biarkan Proton musnah," kalimah yang kerap diulang perdana menteri ketika syarikat pengeluar kereta nasional itu menghadapi saat-saat getir, dua tahun lalu, menurut Syed Faisal Albar.
Beliau berkata ketika itu Proton berhadapan dengan risiko kemusnahan jika tidak diselamatkan kerana masalah pasaran automotif negara yang terlalu kecil sedangkan kos pengeluaran tinggi, tambahan pula Najib memikirkan nasib pekerja syarikat itu, jika tiada tindakan dilakukan.
"Kalau hendak ikut jalan senang, kerajaan boleh biarkan sahaja Proton dan tidak berbuat apa-apa. Tapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, beliau sendiri menggembleng jentera kerajaan untuk menjadi satu pasukan bersama-sama dengan DRB HICOM.
"Itu semua bagi memastikan kita mencapai kejayaan dalam pelan pemulihan Proton. Alhamdulillah kita mendapat Zhejiang Geely Holding Group (Geely) sebagai rakan strategik. Tiada orang lain yang kami berterima kasih melainkan perdana menteri yang memainkan peranan penting untuk selamatkan Proton dan DRB HICOM," katanya.
Syed Faisal Albar berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga DRB HICOM dan Pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan yang dihadiri Najib di perkarangan Puspakom Pekan di sini pada Jumaat.
Beliau juga berkongsi hakikat bahawa usaha menyelamatkan Proton juga dipacu oleh visi Najib yang mahu melihat kereta buatan Malaysia mempelopori pasaran automotif rantau ASEAN.
Selain itu, kewujudan Kompleks DRB HICOM di daerah ini, menurut Syed Faisal Albar, juga direalisasikan dengan bantuan Najib, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pekan sejak 10 penggal lalu.
"Banyak lagi lokasi yang lebih dekat dengan bandar besar yang boleh dijadikan kompleks begini, tapi dengan sokongan dan bantuan daripada perdana menteri maka tersohorlah kompleks kita di Pekan, yang membolehkan ramai penduduk mencari rezeki.
"... dengan 250 ekar (kira-kira 101 hektar) kawasan di Pekan, menjadikan kita sebagai majikan terbesar di Pekan," katanya.
Syed Faisal Albar menamatkan ucapannya dengan serangkap pantun :
Menghembus tepung mencari benang,
Telah terbina kota terbilang,
Datuk Najib budi dikenang,
Selagi ada bulan dan bintang
Ternyata pantun itu berjaya mencuit hati Najib dan kira-kira 2,500 kakitangan DRB HICOM yang menghadiri majlis itu. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 28 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kanan) menyerahkan Manifesto Barisan Nasional (BN) kepada wakil Posmen pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga DRB-Hicom dan Pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) pada Jumaat. - fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

DRB-HICOM Berhad nafi beli ekuiti Media Prima
DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) menafikan kumpulan berkenaan mengambil alih 11 peratus saham dalam syarikat Media Prima Berhad (MPB).

DRB-Hicom sangkal beli kepentingan Media Prima
DRB-Hicom Bhd hari ini menafikan bahawa pihaknya membeli 11 peratus kepentingan dalam Media Prima Bhd.

Mana mungkin kerajaan biarkan Proton lingkup dan tergadai - PM Najib
Tidak mungkin kerajaan akan membiarkan sahaja masa depan Proton tergadai dengan membiarkan sahaja pihak pengurusan DRB-Hicom membuat keputusan yang salah.

Sengatan Spaso dituntut Melaka United malam ini
Skuad Melaka United akan berusaha membenam DRB-Hicom dalam saingan Liga Perdana 2016 di Stadium Hang Jebat malam ini.

Liga Perdana: KL gagal rapatkan jurang dengan DRB-Hicom
Kuala Lumpur gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri untuk merapatkan jurang dengan pesaing terdekatnya, DRB Hicom FC.

Proton meterai MOU perkongsian strategik dengan Suzuki Japan
Proton Holdings Bhd, DRB-HICOM Bhd, dan Suzuki Motor Corp of Japan memeterai MOU bentuk perkongsian strategik.
Proton sasar 500 ribu kenderaan dalam lima tahun
Proton mensasarkan untuk mengeluarkan 500 ribu unit kenderaan dalam tempoh lima tahun dengan sasaran hampir 20 peratus eksport.
Tun M: Ubah imej Proton
Penasihat Proton Tun Dr. Mahathir mahu ubah persepsi masyarakat tentang kualiti kereta keluaran Proton.