Proton Holdings Berhad, DRB-Hicom Berhad dan Suzuki Motor Corporation, pada Isnin menjalinkan kerjasama dan perkongsian strategik melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) dan perjanjian lesen.
Perjanjian merangkumi empat bidang utama -- produk, teknologi, sumber manusia dan pasaran -- itu bakal memberi pengeluar kereta nasional itu akses kepada model, platform, enjin dan teknologi automotif Suzuki.
Menurut pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerjasama itu bakal membuka lembaran baru bagi Proton untuk mempelajari teknologi pembuatan kereta kompak.
“Kita perlu belajar dan bekerjasama dengan syarikat ini kerana mereka mempunyai teknologi dalam pembuatan kereta kecil dan kompak,” kata Dr Mahathir.
Selain itu, Proton juga bakal meneroka aspek memperluaskan model-model keretanya dengan kerjasama Suzuki.
“Buat permulaan, kita ambil model kereta Suzuki ini, ubah suai dan beri nama yang lain. Manakala di masa akan datang, kita akan bekerjasama dalam pembikinan beberapa model yang mana pihak Suzuki mempunyai kepakaran,” tambah Dr Mahathir.
Beliau ditemui selepas majlis pemeteraian MOU antara Proton, DRB-Hicom dan Suzuki di sini.
Perjanjian itu ditandatangani antara ketua pegawai eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah; ketua pegawai operasi DRB-Hicom, Datuk Radzaif Mohamed; dan pengerusi serta ketua pegawai eksekutif Suzuki Motor Corporation, Osamu Suzuki.
Ia disaksikan oleh Dr Mahathir dan duta besar Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pengerusi DRB-Hicom, Datuk Syed Mohamed Syed Muztaza yang menyaksikan perjanjian berkenaan.
Tan Su Lin
Mon Jun 15 2015
Proton Holdings Bhd, DRB-HICOM Bhd, dan Suzuki Motor Corp of Japan memeterai MOU bentuk perkongsian strategik.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
DRB-HICOM Berhad nafi beli ekuiti Media Prima
DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) menafikan kumpulan berkenaan mengambil alih 11 peratus saham dalam syarikat Media Prima Berhad (MPB).
DRB-Hicom sangkal beli kepentingan Media Prima
DRB-Hicom Bhd hari ini menafikan bahawa pihaknya membeli 11 peratus kepentingan dalam Media Prima Bhd.
Mana mungkin kerajaan biarkan Proton lingkup dan tergadai - PM Najib
Tidak mungkin kerajaan akan membiarkan sahaja masa depan Proton tergadai dengan membiarkan sahaja pihak pengurusan DRB-Hicom membuat keputusan yang salah.
Sengatan Spaso dituntut Melaka United malam ini
Skuad Melaka United akan berusaha membenam DRB-Hicom dalam saingan Liga Perdana 2016 di Stadium Hang Jebat malam ini.
Liga Perdana: KL gagal rapatkan jurang dengan DRB-Hicom
Kuala Lumpur gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri untuk merapatkan jurang dengan pesaing terdekatnya, DRB Hicom FC.
Proton meterai MOU perkongsian strategik dengan Suzuki Japan
Proton Holdings Bhd, DRB-HICOM Bhd, dan Suzuki Motor Corp of Japan memeterai MOU bentuk perkongsian strategik.
Proton sasar 500 ribu kenderaan dalam lima tahun
Proton mensasarkan untuk mengeluarkan 500 ribu unit kenderaan dalam tempoh lima tahun dengan sasaran hampir 20 peratus eksport.
Tun M: Ubah imej Proton
Penasihat Proton Tun Dr. Mahathir mahu ubah persepsi masyarakat tentang kualiti kereta keluaran Proton.