KUALA LUMPUR: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia kekal optimis, berdaya tahan dan mampu menyesuaikan diri dengan prospek masa depan mencabar, menurut Indeks Sentimen PKS SME Bank yang diterbitkan pada Isnin.
Indeks edisi pertama itu mengariskan bacaan mata 53.8 menandakan perkembangan sentimen positif.
Sebarang bacaan di bawah paras 50 mata menandakan sentimen negatif.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Aria Putera Ismail, 57.3 peratus responden menjangkan persekitaran perniagaan akan bertambah baik dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.
“Selaras dengan keyakinan ini, lebih daripada 70 peratus PKS telah menyatakan kepentingan untuk mengukuhkan hubungan dengan pelanggan dan meningkatkan kecekapan operasi.
“Hampir separuh daripada responden beranggapan bahawa pelan pengembangan perniagaan sebagai salah satu tumpuan paling utama tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Indeks Sentimen PKS juga menunjukkan 73.2 peratus PKS menjangkakan akan berlaku peningkatan hasil kasar yang membawa kepada peningkatan keuntungan pada masa hadapan.
Secara khususnya, 82.3 peratus responden dari subsektor penginapan serta minuman dan makanan (F&B) yakin akan berlaku peningkatan hasil, sejajar dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa dan jumlah pelancong asing yang dijangka lebih tinggi.
“Apabila hasil bertambah baik dan disokong oleh permintaan yang mampan, keinginan untuk mengembangkan perniagaan akan meningkat dan ini boleh membawa kepada pengambilan pekerja yang lebih tinggi.
“Walaupun 42.2 persatus daripada PKS bersedia untuk mengambil pekerja, mereka mungkin tidak dapat merekrut tenaga kerja yang mencukupi di tengah-tengah keadaan pasaran buruh yang ketat, sehingga menjejaskan kapasiti operasi mereka.
“Isu kekurangan buruh ini lebih mendesak bagi industri intensif buruh yang seterusnya boleh mengehadkan unjuran pendapatan mereka,” kata Ketua Pakar Ekonomi SME Bank, Lynette Lee.
Tambah Lynette, meskipun PKS semakin bangkit dan faktor keyakinan semakin tinggi, namun mereka kini bergelut dengan peningkatan kos operasi disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan dan harga bahan mentah yang lebih tinggi.
Dua pertiga daripada responden menyenaraikan kos menjalankan perniagaan sebagai faktor utama yang akan mempengaruhi prestasi perniagaan mereka.
Ia diikuti dengan kesukaran untuk mengekalkan pelanggan kerana persaingan yang semakin meningkat dan kekurangan modal.
Hampir 80 peratus daripada responden menyatakan keperluan bantuan tunai melalui pembiayaan, walaupun dalam persekitaran kadar faedah yang meningkat.
Indeks Sentimen PKS juga menunjukkan 45 peratus daripada responden kini sedang mencari pembiayaan tambahan semata-mata untuk menguruskan keperluan modal kerja mereka.
Najib Aroff
Mon Aug 15 2022
![PKS Malaysia yakin berlaku peningkatan hasil kasar - SME Bank PKS Malaysia yakin berlaku peningkatan hasil kasar - SME Bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660109977_OrangRamai.jpg)
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia kekal optimis, berdaya tahan dan mampu menyesuaikan diri dengan prospek masa depan mencabar, menurut Indeks Sentimen PKS SME Bank yang diterbitkan pada Isnin. - Gambar hiasan
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Generatif AI berpotensi besar dalam sektor kewangan negara - Pakar
Generatif AI meningkatkan kecekapan dan keselamatan sektor kewangan Malaysia melalui analisis data yang cepat dan pengesanan penipuan. Namun, menurut pakar, pelaburan dalam teknologi dan keselamatan siber adalah kunci untuk kejayaan ini.
Aerotrain KLIA beroperasi semula awal tahun depan
Kementerian Pengangkutan berkata, langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Januari 2025.
Pemberian insentif, anak pokok Musang King perkukuh penanaman durian
Pemberian insentif kepada petani bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan tempatan bagi tujuan eksport dan mengurangkan kebergantungan import buah-buahan.
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
![Malaysia, India nyata komitmen jalin hubungan tingkatkan ekonomi PKS - Ramanan Malaysia, India nyata komitmen jalin hubungan tingkatkan ekonomi PKS - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709651175_RamananRamakrishnan.jpg)
Malaysia, India nyata komitmen jalin hubungan tingkatkan ekonomi PKS - Ramanan
Datuk R. Ramanan berkata perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy di pejabatnya hari ini.
![Capaian rangkaian 5G di Selangor melebihi 95 peratus - Fahmi Capaian rangkaian 5G di Selangor melebihi 95 peratus - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705991046_TBSHARAFUDDINIDRI.jpg)
Capaian rangkaian 5G di Selangor melebihi 95 peratus - Fahmi
Capaian perkhidmatan rangkaian 5G di Selangor telah mencapai 95.9 peratus sehingga Disember lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
![Jiwa SME bakal ke peringkat antarabangsa tahun hadapan Jiwa SME bakal ke peringkat antarabangsa tahun hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693642969_AshwadIsmailJiwa.jpg)
Jiwa SME bakal ke peringkat antarabangsa tahun hadapan
Ia sebahagian daripada usaha dan komitmen berterusan dalam membantu usahawan PKS menaik taraf perniagaan mereka.
![Peraturan buruh paksa baharu EU tidak seharusnya membebankan - MPOC Peraturan buruh paksa baharu EU tidak seharusnya membebankan - MPOC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677679070_logoMPOC.jpg)
Peraturan buruh paksa baharu EU tidak seharusnya membebankan - MPOC
Malaysia perlu menggariskan bahawa peraturan baharu Kesatuan Eropah (EU) mengenai buruh paksa untuk tidak menjadi terlalu membebankan kepada pengusaha dalam rantaian bekalan minyak sawit.
![AMMB akan terus tumpu kepada segmen PKS, runcit pada 2024 AMMB akan terus tumpu kepada segmen PKS, runcit pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685406579_SulaimanMohdTahir.jpg)
AMMB akan terus tumpu kepada segmen PKS, runcit pada 2024
Kumpulan perbankan tersebut juga mahu menumpukan kepada pengumpulan deposit.
![Kadar OPR dijangka naik dua kali lagi tahun depan Kadar OPR dijangka naik dua kali lagi tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665545904_BankNegaraMalaysia.jpg)
Kadar OPR dijangka naik dua kali lagi tahun depan
CGS-CIMB Research memberi jangkaan dua lagi kenaikan OPR masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus, berbanding 2.75 peratus sekarang berikutan tekanan inflasi dijangka kekal pada 2023.
![Kerajaan bincang cadangan pemberian moratorium kepada PKS - PM Kerajaan bincang cadangan pemberian moratorium kepada PKS - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662700091_IsmailSabriYaakob.jpg)
Kerajaan bincang cadangan pemberian moratorium kepada PKS - PM
Cadangan ini akan dibincangkan dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Menteri Kewangan.
![Bajet 2023: Pendigitalan PKS pencetus perubahan Bajet 2023: Pendigitalan PKS pencetus perubahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662551352_DatukDrATKumarara.jpg)
Bajet 2023: Pendigitalan PKS pencetus perubahan
Kerajaan dan pihak swasta digesa berusaha dalam mendigitalkan operasi perusahaan kecil dan sederhana menerusi Bajet 2023 dengan tumpuan terhadap sektor pertumbuhan tinggi, menurut NCCIM.
![Kajian Visa dapati 68 peratus PKS Malaysia berminat dalam perbankan digital Kajian Visa dapati 68 peratus PKS Malaysia berminat dalam perbankan digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660125136_onlineshopping.jpg)
Kajian Visa dapati 68 peratus PKS Malaysia berminat dalam perbankan digital
Kajian oleh Visa, peneraju dalam pembayaran digital Visa di peringkat dunia mendedahkan bahawa 68 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dilaporkan berminat dalam perbankan digital.
![Peniaga PKS perlu ada pelan kontingensi hadapi cabaran perniagaan - SME Corp Peniaga PKS perlu ada pelan kontingensi hadapi cabaran perniagaan - SME Corp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661164412_RizalNainy.jpg)
Peniaga PKS perlu ada pelan kontingensi hadapi cabaran perniagaan - SME Corp
Sebanyak 97.4 peratus peniaga di Malaysia adalah PKS. Mereka memberi sumbangan besar kepada ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.