KUALA LUMPUR: Peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus mempunyai pelan kontingensi untuk menghadapi apa jua cabaran perniagaan terutamanya bencana alam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) Malaysia Rizal Nainy.
Beliau berkata pandemik COVID-19 dan musibah banjir yang melanda negara tahun lepas seharusnya memberi iktibar mengenai kepentingan peniaga PKS yang disifatkannya sebagai 'tunjang ekonomi negara' agar bersedia dan mengambil langkah untuk melindungi perniagaan mereka.
"Sebanyak 97.4 peratus peniaga di Malaysia adalah PKS. Mereka memberi sumbangan besar kepada ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.
"Oleh itu, peniaga PKS perlu ada satu mentaliti untuk bersedia," katanya pada majlis agihan Pinjaman Dana Kecemasan PKS (SMEEF 2.0) kepada 126 peniaga di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua, Hulu Langat dekat sini, hari ini.
Rizal berkata peniaga boleh mengakses pelbagai bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu mereka memulihkan perniagaan sekiranya terjejas akibat bencana alam.
Menurutnya bantuan khidmat nasihat dan kewangan yang disediakan pihaknya seperti yang disampaikan melalui SMEEF 2.0 pada hari ini adalah antara contoh bantuan yang boleh dimanfaatkan peniaga PKS.
Sementara itu, Rizal berkata pihaknya sudah menerima sebanyak 1,212 permohonan pinjaman berjumlah RM113 juta melalui SMEEF 2.0 iaitu sebuah program pinjaman tanpa faedah untuk peniaga PKS yang terkesan bencana alam.
"Khusus bagi Selangor sahaja, jumlah syarikat yang telah diluluskan permohonan adalah 700 syarikat dengan nilai peruntukan sebanyak RM67.61 juta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022

RIZAL: Sebanyak 97.4 peratus peniaga di Malaysia adalah PKS. Mereka memberi sumbangan besar kepada ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan. - Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Malaysia, India nyata komitmen jalin hubungan tingkatkan ekonomi PKS - Ramanan
Datuk R. Ramanan berkata perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy di pejabatnya hari ini.

Capaian rangkaian 5G di Selangor melebihi 95 peratus - Fahmi
Capaian perkhidmatan rangkaian 5G di Selangor telah mencapai 95.9 peratus sehingga Disember lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Jiwa SME bakal ke peringkat antarabangsa tahun hadapan
Ia sebahagian daripada usaha dan komitmen berterusan dalam membantu usahawan PKS menaik taraf perniagaan mereka.

Peraturan buruh paksa baharu EU tidak seharusnya membebankan - MPOC
Malaysia perlu menggariskan bahawa peraturan baharu Kesatuan Eropah (EU) mengenai buruh paksa untuk tidak menjadi terlalu membebankan kepada pengusaha dalam rantaian bekalan minyak sawit.

AMMB akan terus tumpu kepada segmen PKS, runcit pada 2024
Kumpulan perbankan tersebut juga mahu menumpukan kepada pengumpulan deposit.

Kadar OPR dijangka naik dua kali lagi tahun depan
CGS-CIMB Research memberi jangkaan dua lagi kenaikan OPR masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus, berbanding 2.75 peratus sekarang berikutan tekanan inflasi dijangka kekal pada 2023.

Kerajaan bincang cadangan pemberian moratorium kepada PKS - PM
Cadangan ini akan dibincangkan dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Menteri Kewangan.

Bajet 2023: Pendigitalan PKS pencetus perubahan
Kerajaan dan pihak swasta digesa berusaha dalam mendigitalkan operasi perusahaan kecil dan sederhana menerusi Bajet 2023 dengan tumpuan terhadap sektor pertumbuhan tinggi, menurut NCCIM.

Kajian Visa dapati 68 peratus PKS Malaysia berminat dalam perbankan digital
Kajian oleh Visa, peneraju dalam pembayaran digital Visa di peringkat dunia mendedahkan bahawa 68 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dilaporkan berminat dalam perbankan digital.

Peniaga PKS perlu ada pelan kontingensi hadapi cabaran perniagaan - SME Corp
Sebanyak 97.4 peratus peniaga di Malaysia adalah PKS. Mereka memberi sumbangan besar kepada ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.